Harian Metro

Titans ‘tempang’ punca tewas

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: “Saya mohon maaf kepada peminat yang mungkin tidak mengetahui beberapa pemain dipaksa beraksi biarpun belum cergas sepenuhnya.

“Malah, ada juga pemain disarankan tidak bermain malam ini (kelmarin) kerana cedera, tapi saya tiada pilihan kecuali terpaksa menyenarai­kan mereka,” kata jurulatih T-Team Rahmad Darmawan yang memuji anak buahnya kerana mempamer semangat juang tinggi ketika melayan kunjungan Pahang di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas ramai peminat setia T-Team meluahkan rasa tidak puas hati dengan corak permainan The Titans yang jelas tidak menjadi biarpun beraksi di laman sendiri.

Dalam aksi ketiga peringkat Kumpulan A Piala Malaysia itu, T-Team dikejutkan menerusi jaringan penyerang pelawat Mohamadou Sumareh hanya selepas 51 saat perlawanan bermula.

Bagaimanap­un, penyerang tuan rumah, Mohd Noor Hakim Hassan menyamakan kedudukan pada minit keenam untuk menjadikan keputusan kekal 1-1 hingga tamat perlawanan.

Mengulas lanjut, Rahmad mengaku beliau menyasarka­n tiga mata selepas tewas dan seri aksi pertama dan kedua namun kualiti pasukan Pahang menyukarka­n mereka mencipta peluang.

“Selain itu, saya juga agak terkejut melihat aksi tidak menjadi pemain yang kelihatan kurang tenang serta tidak berani membuat keputusan terutama dalam menghadapi tekanan lawan.

“Namun begitu, walau sekecil manapun peluang ia tetap peluang dan kita akan terus mengorak langkah untuk berada dalam kelompok dua pasukan teratas,” kata Rahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia