Harian Metro

Almeida tarik nafas lega

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

 Harap kemenangan dapat bakar semangat pemain

Tiga mata diperoleh selepas menewaskan UiTM FC 2-1 amat melegakan jurulatih Melaka United Eduardo Almeida apatah lagi anak buahnya masih bergelut untuk mempamerka­n aksi terbaik pada saingan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, kelmarin.

“Pemain berusaha keras untuk kembali berada di prestasi terbaik. Kami tidak banyak melakukan percubaan ke kubu lawan dan mujur dua gol sumbangan Felipe de Souza membolehka­n kami menang.

“Pemain perlu meningkatk­an tahap tumpuan kerana selepas ini kami akan berdepan Pahang di Kuantan untuk aksi Liga Super. Dengan jadual padat ini, sudah pasti tahap kecergasan pemain perlu diambil perhatian.

“Apapun, sasaran kami adalah memenangi perlawanan itu walaupun menyedari ia bukan mudah. Saya harap kemenangan ke atas UiTM akan membakar semangat juang pemain kami,” katanya.

Sementara itu, pengurus Melaka Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, jika persembaha­n sama terus dipamerkan, tidak mustahil Melaka kembali ke Liga Perdana musim depan.

Bagi beliau, pemain harus lebih bersemanga­t mencipta gerakan selain bertahan dengan baik.

Pada perlawanan menentang UiTM itu, beliau merumuskan pemain Melaka kelihatan tidak bersemanga­t untuk bermain sekali gus hanya mempersemb­ahkan corak hambar serta kurang meyakinkan.

Yusoff berkata, beliau sudah mengarahka­n Almeida supaya memastikan semangat juang pemain Melaka dapat ditingkatk­an untuk baki perlawanan musim ini.

 ??  ?? PEMAIN Melaka United, Jasmin Mecinivikj (tengah kanan) dan pemain UiTM FC, Onoriode Kughegbe berebut bola di udara.
PEMAIN Melaka United, Jasmin Mecinivikj (tengah kanan) dan pemain UiTM FC, Onoriode Kughegbe berebut bola di udara.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia