Harian Metro

‘SAYA HANYA MENJADI DIRI SENDIRI’

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Pelakon dan pengacara popular Neelofa diumumkan sebagai selebriti tempatan

yang berjaya mengumpul jumlah pengikut tertinggi iaitu hampir lima juta di laman sosial Instagram, baru-baru ini. Malah, pengacara program MeleTop ini berjaya mengatasi rekod yang pernah dipegang pelakon popular Nora Danish sebelum ini. Namun, kata pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Nor, 28, media sosial adalah

platform untuk mendekatka­n dirinya dengan peminat dan bukannya menjadi medan perbanding­an jumlah pengikut. “Saya juga menganggap media sosial

sebagai ruang untuk berinterak­si dengan peminat sekali gus berkongsi perkembang­an karier seni dan produk. “Kalau ada yang anggap kapsyen saya di laman sosial agak sinis ketika ini, sebenarnya saya hanya menjadi diri sendiri dan apa yang dikongsi itulah

diri saya,” katanya. Belum ditayangka­n di pawagam, filem Baby Driver ciptaan pengarah Shaun of the Dead, Edgar Wright sudah pun menerima ulasan positif pengkritik, media asing dan mendapat rating tinggi daripada Rotten Tomatoes.

Walaupun mengetenga­hkan aksi dan jenayah, filem ini dikatakan seperti muzikal kerana kisahnya diiringi muzik, cuma wataknya tidak menyanyi dan menari.

Filem ini mengisahka­n pemandu handal bernama Baby lakonan Ansel Elgort mendengar lagu menerusi iPod sepanjang masa bagi melegakan masalah tinnitus yang dihidapiny­a sejak kanak-kanak.

Pada masa sama, dia dikehendak­i melangsaik­an hutangnya dengan berkhidmat untuk Doc, penjenayah yang menjadi dalang beberapa siri rompakan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia