Harian Metro

Perlu beri aura positif

- DARI MUKA 1

Sebagai selebriti, Neelofa mengakui dirinya juga memiliki tanggungja­wab sosial untuk mendidik masyarakat terutama golongan muda.

“Saya juga mahu menjadikan media sosial sebagai satu medium untuk menyuntik lebih banyak motivasi dan inspirasi kepada masyarakat.

“Maklumlah, impak media sosial sangat besar. Sebab itulah setiap gambar dan kapsyen perlu memberi aura positif kepada pengikut,” katanya.

Neelofa ditemui pada majlis pelancaran Naelofar Scarf, Maya yang menampilka­n empat warna dengan rekaan unik di sebuah hotel di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ditanya mengenai komen negatif pula, kata Neelofa, dia enggan ambil pusing kritikan yang dilontarka­n netizen kepadanya.

“Sebenarnya itu semua bergantung kepada fikiran kita sendiri. Kalau kita sentiasa positif dan kenal diri sendiri, semua kecaman tidak akan beri kesan pun.

“Kadang-kadang saya ada baca komen negatif itu dan kalau terlalu teruk, saya akan padam.

“Selalunya apabila ada isu hangat yang dikaitkan dengan saya baru ada kecaman,” katanya. mengakui dia memang menanti peluang bekerja dengan pelakon serba boleh itu.

“Saya terima tawaran drama ini kerana ingin berganding dengan Alif. Saya kagum dengan lakonannya dalam Dia Semanis Honey,” katanya.

Ditanya sama ada drama ini akan mencetuska­n fenomena seperti Suri Hati Mr

Pilot, Neelofa hanya menyerahka­n kepada peminat untuk menilainya nanti.

“Saya tidak letak sebarang jangkaan pun ketika berlakon dalam Suri Hati Mr Pilot dulu.

“Saya harap orang tidak bandingkan kami. Saya juga percaya peminat akan menyukai gandingan saya dan Alif.

“Namun, untuk kembalikan fenomena seperti dulu bukan sesuatu yang mudah,” katanya. -Ramlah Zainal

 ??  ?? Sebenarnya itu semua bergantung kepada fikiran kita sendiri. Kalau kita sentiasa positif dan kenal diri sendiri, semua kecaman tidak akan beri kesan pun
Sebenarnya itu semua bergantung kepada fikiran kita sendiri. Kalau kita sentiasa positif dan kenal diri sendiri, semua kecaman tidak akan beri kesan pun

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia