Harian Metro

Tidak papar babak di ranjang

- DARI MUKA 1

Meskipun mempunyai juruaksi untuk babak mengejar kereta, Elgort turut dikehendak­i menjalani latihan aksi lasak untuk memahami cara pemanduan.

“Produksi tidak membenarka­n saya membuat aksi lasak kerana bahaya. Namun, saya perlu tahu bagaimana pemandu handal ini beraksi.

“Ini penting supaya saya tidak kelihatan semberono memusing stereng kereta ketika babak rompakan,” katanya kepada RAP, kelmarin.

Menurut pelakon itu, percintaan Baby dan kekasihnya, Debora lakonan Lily James berbeza daripada filem Hollywood lain kerana tidak memaparkan babak di ranjang.

“Saya suka filem ini kerana pasangan itu tidak menggunaka­n teknologi moden untuk berkomunik­asi. Baby menggunaka­n telefon lama untuk menghubung­i Debora atau terus ke tempat kerja wanita itu jika mahu bertemu.

“Kisah mereka lebih kepada bagaimana Debora memberi harapan terhadap hubungan mereka,” katanya.

Menerusi Baby Driver, Elgort berpeluang ‘memandu’ beberapa kereta berkuasa tinggi dan berjaya meyakinkan produksi untuk memberinya Subaru WRX merah yang digunakan

Kelainan kisah cinta Baby Driver berbanding filem Hollywood lain

dalam awal filem itu.

“Dalam kehidupan sebenar saya memandu kereta dengan selamat.

Saya mendesak produksi untuk memberi sebuah kereta digunakan ketika penggambar­an dan akhirnya mereka akur,” katanya.

Berkongsi pengalaman­nya pula, Lily memberitah­u menonton beberapa filem jenayah sebagai persediaan untuk wataknya.

“Antara filem yang ditonton adalah Bonnie and Clyde. Banyak saya belajar dan ilmu itu dapat dipraktikk­an ketika

 ??  ?? LILY dan Elgort.
LILY dan Elgort.
 ??  ?? DARI kiri Elgort, Jamie Foxx, Eiza Gonzalez dan Jon Hamm bersedia merompak.
DARI kiri Elgort, Jamie Foxx, Eiza Gonzalez dan Jon Hamm bersedia merompak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia