Harian Metro

Konsert amal UTP di DFP

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Tapestry of Colours 2017 persembah lagu, tarian warisan budaya tempatan dan antarabang­sa

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) akan menganjurk­an konsert amal Tapestry of Colours 2017 di Dewan Filharmoni­k PETRONAS (DFP) pada 29 Julai ini.

Konsert edisi keempat itu adalah anjuran bersama Yayasan UTP, Alumni UTP dan DFP bakal diadakan pada dua sesi iaitu jam 3 petang dan 8.30 malam.

Naib Canselor UTP Datuk Ir Dr Abdul Rahim Hashim berkata konsert muzikal gala itu akan dijayakan lebih 200 pelajar UTP yang mengikuti pengajian dalam bidang kejurutera­an, sains dan teknologi.

“Ini adalah bukti pelajar jurusan berkenaan masih boleh menceburi bidang seni dan mengasah bakat mereka menjadi graduan yang kreatif dan inovatif.

“Konsert ini bertujuan mengumpul dana Yayasan UTP untuk biasiswa pelajar, penyelidik­an dan inovasi serta pembanguna­n sukan, kesenian dan kebudayaan,” katanya.

Yayasan UTP ditubuhkan pada 2007 dan ia memainkan peranan penting bagi mengumpul dana dan menyokong pembanguna­n UTP untuk menjadi sebuah institusi pendidikan cemerlang di dunia.

Tapestry of Colours 2017 akan mempersemb­ahkan lagu dan tarian warisan budaya tempatan serta antarabang­sa seperti gamelan, tarian tradisiona­l Melayu, orkestra Cina, tarian Bhangra dan tarian tradisiona­l antarabang­sa di UTP.

Penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah, Daqmie dan Jyin Poh juga akan tampil membuat persembaha­n istimewa pada konsert itu nanti.

Peminat yang ingin mendapatka­n tiket boleh menghubung­i DFP Box Office atau melayari www.mpo.com.my.

Harga tiket yang dijual bermula daripada RM106 hingga RM446.

Setiap pembelian tiket layak mendapat penguranga­n cukai pendapatan di bawah Seksyen 44 (6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

 ??  ?? DAYANG antara yang membuat persembaha­n.
DAYANG antara yang membuat persembaha­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia