Harian Metro

Rosyam perluas bisnes

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Terus mengorak langkah dalam memajukan perniagaan­nya, pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor bakal membuka kedai barangan mentah di Setiawangs­a, Kuala Lumpur.

Berkongsi mengenai perkara itu, Rosyam berkata, idea itu timbul selepas dia berfikir untuk meluaskan perniagaan­nya.

“Saya sentiasa berfikir dan mencari idea untuk mengembang­kan perniagaan. Idea membuka kedai itu datang selepas bertemu seorang pemilik syarikat berkaitan pertanian dan berkongsi pandangan serta pengalaman masing-masing,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Rosyam gembira hasratnya berkongsi ilmu dalam membuka perniagaan terlaksana apabila drama mini bersirinya iaitu Chor & Chah bakal ditayangka­n tidak lama lagi.

Bekerjasam­a dengan SME Corp Malaysia, drama itu menggunaka­n medium laman sosial bagi mendekatka­n pengguna dalam mendapatka­n ilmu untuk memulakan perniagaan dari awal hingga berjaya.

“Ini adalah hadiah dan penghargaa­n untuk saya kepada peminat. Jika selama ini saya berjaya sebagai pelakon kerana mereka, saya berharap dengan perkongsia­n ini dapat memberi manfaat kepada mereka untuk berjaya.

“Pastinya mereka yang mempunyai hasrat memulakan perniagaan tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakann­ya, siri Chor & Chah boleh membantu.

Siri mini Chor & Chah dilakonkan Ummi Nazeera, Saharul Ridzuan, Ruhainies, Hafreez Adam dan ramai lagi.

Bakal menemui penonton bermula Ogos ini ia akan ditayangka­n di laman YouTube, Instagram, Facebook dan Twitter.

 ??  ??
 ??  ?? Jika selama ini
saya berjaya sebagai pelakon kerana mereka, saya berharap
dengan perkongsia­n ini dapat memberi manfaat kepada mereka untuk
berjaya
Jika selama ini saya berjaya sebagai pelakon kerana mereka, saya berharap dengan perkongsia­n ini dapat memberi manfaat kepada mereka untuk berjaya
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia