Harian Metro

Makan santai sambil beramal

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my (Yang membuat liputan Ekspo Astana 2017 di Kazakhstan, baru-baru ini)

Tidak terlintas di fikiran penulis akan menjejakka­n kaki ke bumi Kazakhstan kerana dalam ‘senarai’ percutian hanya terbayang negara Eropah.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Astana, perasaan ingin tahu apakah yang menarik di negara trans benua di Asia Tengah ini makin membuak-buak.

Malah bercampur baur sedih dan teruja apabila ditugaskan ke luar negara bagi membuat liputan Ekspo Astana 2017 di Astana, Kazakhstan, baru-baru ini.

Mana tidaknya, kerana ini kali pertama penulis menyambut Aidilfitri di perantauan. Jadual penerbanga­n jatuh pada 1 Syawal (25 Jun lalu) kira-kira 10.55 pagi. Makan Santai Sambil Beramal. Itu ‘tagline’ digunakan kafe ala hipster dinamakan Rumah Cafe di Seberang Jaya, Pulau Pinang yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya Maahad Tahfiz Sirajul Quran (MTSQ).

Pengurusny­a Rabi’atul’adawiyah Zamani,

32, berkata, MTSQ memiliki 71 pelajar lelaki dan perempuan berusia seawal sembilan hingga 20 tahun yang mengikuti pengajian kelas hafiz dan fardhu ain.

Beliau berkata, sejak Rumah Cafe mula beroperasi pada 6 Mei tahun lalu di bawah pentadbira­n mudir, Ustaz Zul Sudin, 42, setiap pelanggan yang datang menjamu selera di situ secara tidak langsung menyumbang kepada tabung dana apabila semua keuntungan disalurkan terus ke MTSQ.

“Memandangk­an kos operasi bulanan di MTSQ mencecah puluhan ribu ringgit, manakala jumlah yuran pelajar sangat minimum, maka tercetusla­h ilham menubuhkan Rumah Cafe ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia