Harian Metro

Jodohkan resipi timur, barat

-

Antara kelainan disediakan untuk dinikmati pelanggan

“Antara kelainan ditampilka­n dalam

Rumah Cafe ini adalah ‘menjodohka­n’ resipi Timur bersama Barat dengan menghasilk­an menu dinamakan nasi goreng chicken chop yang hanya RM13.90.

“Kelainanny­a adalah nasi goreng cina istimewa ini digabungka­n bersama grilled chicken chop dihiasi salad dan keenakan sos lada hitam memberikan rasa unik pasti menambat selera terutama golongan kanakkanak,” katanya.

Selain itu, menu sampingan lain seperti Italian Bruschetta iaitu roti ‘baguette’ dihidang bersama sos tomato pasta dan keju pada RM6.90 cukup berpatutan dan enak dinikmati semua golongan.

Beliau berkata,

Rumah Cafe turut menjadi pilihan kaum lain apabila menerima komen positif mengatakan suasananya memberikan mood santai dan selesa dalam menikmati setiap hidangan dan ia mampu memuatkan 50 orang dalam satu masa.

“Beroperasi setiap hari kecuali Isnin bermula 5 petang hingga 11 malam, ia turut menyediaka­n ruang khas untuk majlis sambutan hari jadi dan pelbagai lagi majlis korporat selain menawarkan penghantar­an makanan dengan minimum tempahan 30 bungkusan di sekitar Seberang Jaya yang perlu ditempah seawal tiga hari.

“Tidak lupa kami sangat berterima kasih kepada cef selebriti iaitu Cef Kamarul Hasni Che Ros apabila dia antara pencetus idea dan konsep menu makanan berasal daripada ideanya dalam menaikkan nama Rumah Cafe ini,” katanya.

- Muhammad Shalaby Shahbuddin

 ??  ?? NASI goreng chicken chop punya rasa tersendiri.
NASI goreng chicken chop punya rasa tersendiri.
 ??  ?? RABI’ATUL’adawiyah (dua dari kiri) bersama cef dan staf menunjukka­n hidangan yang disediakan di Rumah Cafe.
RABI’ATUL’adawiyah (dua dari kiri) bersama cef dan staf menunjukka­n hidangan yang disediakan di Rumah Cafe.
 ??  ?? MENU Italian Bruschetta. Beroperasi setiap hari kecuali Isnin bermula 5 petang hingga 11 malam, kami turut menyediaka­n ruang khas untuk majlis sambutan hari jadi dan pelbagai lagi majlis korporat
MENU Italian Bruschetta. Beroperasi setiap hari kecuali Isnin bermula 5 petang hingga 11 malam, kami turut menyediaka­n ruang khas untuk majlis sambutan hari jadi dan pelbagai lagi majlis korporat
 ??  ?? MENU grill dory fish fillet.
MENU grill dory fish fillet.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia