Harian Metro

LasagnA ayam hidangan terbarU

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Santan adalah bahan asas masakan yang digunakan ramai di Asia Tenggara. Penggunaan­nya juga dapat menghasilk­an pelbagai jenis hidangan dan masakan yang cukup menyelerak­an.

Bagi menghargai keenakan rasa santan, AirAsia tampil dengan pelbagai menu istimewa yang dipanggil Santan.

Nasi Lemak Pak Naseer, nasi Ayam Uncle Chin, Thai Green Curry with Nasi, Bukhara Chicken Biryani, Satay Ayam dan banyak lagi hidangan enak yang disenaraik­an dalam Santan.

Terbaru, bermula

1 Julai lalu, Santan memperkena­lkan hidangan Lasagna Ayam yang cukup istimewa buat penumpang AirAsia.

Dinikmati saat ia masih panas dan dipanaskan di dalam ketuhar pesawat, hidangan ini cukup menggamit rasa.

Lapisan ayam cincang bersos, sos krim putih, pasta, keju karamel keemasan yang kemudianny­a dibakar sempurna menjadikan Lasagna Ayam ini nyata menyelerak­an.

Tambahan sayursayur­an seperti lobak merah, kacang Perancis dan brokoli memberikan warna-warni hidangan yang enak itu.

Teksturnya yang lembut dan sayur-sayuran yang segar juga membuatkan penumpang bagai menikmati hidangan lazat ini di restoran terkemuka.

Menariknya, untuk mendapatka­n hidangan terbaik, pihak AirAsia mencuba pelbagai versi Lasagna Ayam dari restoran Itali di Malaysia sebelum memuktamad­kan profil rasa untuk versi ‘onboardnya’.

Terdapat banyak versi lasagna di pasaran masa ini seperti makanan laut, daging lembu dan kambing.

Namun AirAsia memilih Lasagna Ayam kerana ia paling sesuai untuk semua

Ditawarkan

dalam penerbanga­n AirAsia mulai

1 Julai lalu

profil penumpang.

Lasagna ini juga menggabung­kan herba dan rempah seperti oregano, thyme, rosemary, daun bay dan pala untuk meningkatk­an rasa hidangan lazat ini.

Seperti hidangan lain yang ditawarkan Santan, Lasagna Ayam ini juga tersedia dalam bentuk set kombo.

Set kombo didatangka­n dengan pilihan minuman iaitu air berkarbona­t, mineral atau kopi percuma.

Bagi menikmati penjimatan yang lebih besar dan keupayaan untuk memilih hidangan kegemaran mereka yang panas dari ketuhar ketika dalam penerbanga­n, tempahanla­h secara talian di airasia.com.

Lasagna Ayam ini ditawarkan dalam penerbanga­n AK pada RM10 dan D7 pada RM18.

 ??  ?? LASAGNA
Ayam menu baru ditawarkan dalam penerbanga­n AirAsia. HIDANGAN enak Kari Hijau Thai
dengan nasi.
LASAGNA Ayam menu baru ditawarkan dalam penerbanga­n AirAsia. HIDANGAN enak Kari Hijau Thai dengan nasi.
 ??  ?? SATAY Ayam.
SATAY Ayam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia