Harian Metro

Suasana selesa pusat beli-belah

-

Menawarkan pelbagai pilihan barangan terkemuka dan suasana yang selesa, Sunway Velocity Mall (SVM) adalah destinasi membelibel­ah ideal terbaru bagi penduduk Kuala Lumpur selatan.

Sejak dilancarka­n Disember lalu, SVM kini adalah destinasi membelibel­ah yang sempurna buat anda.

Ini terbukti dengan penawaran pelbagai kedai terutama pakaian dari jenama premium dengan pilihan gaya berpatutan.

Pada masa sama pengunjung ditawarkan dengan suasana membelibel­ah yang mengujakan dengan pilihan kedai seperti Burton Menswear, Coach, dan Marks & Spencer.

Jika inginkan pembelian yang bernilai hebat, H&M, Superdry, Lois, Wrangler, Mixxo, SPAO, Cotton On dan BRAPS serta banyak lagi jenama fesyen lain nyata tidak mengecewak­an.

Selain pilihan fesyen, anda juga boleh memanjakan diri dengan kedai kecantikan dan penjagaan yang terdapat di sini seperti Victoria

Secret, Always 21, Body Shop, Bath & Body Works, Innisfree, serta M A C Cosmetics.

Di samping membelibel­ah, SVM juga menawarkan pelbagai pilihan kedai dan restoran untuk menjamu selera.

Dari makanan jalanan hingga makanan Barat yang digemari ramai, pengunjung pastinya rambang mata.

Pusat beli-belah ini boleh diakses menerusi jalan utama termasuk jalan Cheras, Jalan Loke Yew, Jalan Pudu dan Jalan Tun Razak.

Selain menerusi Lebuh Raya SMART, Lebuhraya KL-Seremban, Lebuhraya pantai baru (NPE) dan Maju Expressway.

 ??  ?? MARKS & Spencer tawar baju rekaan fesyen terkini.
MARKS & Spencer tawar baju rekaan fesyen terkini.
 ??  ?? PELBAGAI solekan boleh didapati di Mac SVM.
PELBAGAI solekan boleh didapati di Mac SVM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia