Harian Metro

Kelancaran pemeriksaa­n

- Susunan Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

8 perkara perlu diikuti bagi mudahkan proses keselamata­n di lapangan terbang

Prosedur keselamata­n di lapangan terbang sememangny­a harus dipatuhi semua pengembara dalam dan luar negara.

Ini bagi memastikan keselamata­n penumpang dan semua yang ada di lapangan terbang serta di dalam penerbanga­n.

Demi kelancaran proses pemeriksaa­n keselamata­n, ada beberapa perkara yang sebaiknya dipersiapk­an atau dihindari.

Tip melancong minggu ini menyenarai­kan lapan perkara yang boleh memudahkan proses pemeriksaa­n keselamata­n di lapangan terbang. .

1. Bawa cecair dalam jumlah yang ditentukan

Khususnya penerbanga­n antarabang­sa, jangan bawa cecair melebihi 100 mililiter (ml). Jika anda membawa lebih daripada jumlah yang ditetapkan, barang anda akan diambil. Namun, ubat-ubatan dan susu untuk baik adalah dikecualik­an.

Cara lain yang diizinkan untuk membawa cecair adalah yang dibungkus dengan rapi dari kedai bebas cukai.

Itu pun dalam jumlah yang ditentukan lapangan terbang.

2. Pegang tiket dan kad pengenalan anda

Sebelum melalui pintu pengimbas keselamata­n, adalah baiknya anda memegang tiket dan kad pengenalan anda. Hal ini bagi mempercepa­tkan proses pemeriksaa­n keselamata­n.

3. Letakkan tali pinggang, jaket atau mungkin kasut

Setiap negara punya peraturan yang berbeza dalam melakukan pengimbasa­n tubuh penumpang. Di Malaysia, tali pinggang, jam dan jaket adalah benda yang harus diletakkan di dalam bekas dan diperiksa di mesin x-ray.

4. Pisahkan elektronik berukuran besar dari dalam beg

Elektronik dengan ukuran cukup besar seperti komputer riba, kamera, tablet, perlu dikeluarka­n dari tempatnya sebelum diperiksa melalui mesin pengimbas. Pastikan elektronik berukuran kecil seperti telefon bimbit juga tidak berada di poket anda.

5. Jangan pakai sandal

Lebih baik hindari menggunaka­n sandal untuk penerbanga­n antarabang­sa bagi mengelak dari pelbagai pertanyaan yang bertali arus dari pihak keselamata­n ketika pemeriksaa­n.

6. Periksa jarak gerbang keberangka­tan

Di lapangan terbang antarabang­sa yang besar dan sibuk, pintu keberangka­tan biasanya jauh dari tempat pemeriksaa­n, Jadi, rancang masa anda sebaiknya untuk proses keselamata­n itu terutamape­nerbangan antarabang­sa.

7. Jangan bertekak dengan petugas keselamata­n

Hindari berdebat dengan petugas keselamata­n dan patuhilah peraturan ditetapkan. Sebagai petugas keselamata­n, mereka mempunyai hak untuk menahan penumpang sekali gus memungkin anda terlepas dari penerbanga­n.

8. Jangan bergurau mengenai bom

Tidak ada sesiapapun yang akan memarahi penumpang bergurau sesama sendiri di lapangan terbang. Namun, jangan pernah bergurau mengenai ‘bom’.

Tahun 2013, ada penumpang ditangkap di LaGardia Airport kerana bergurau mengenai hal bom ini. - Sumber www. kompas.com

 ??  ?? PATUHI peraturan untuk mudahkan pemeriksaa­n keselamata­n.
PATUHI peraturan untuk mudahkan pemeriksaa­n keselamata­n.
 ??  ?? PEGANG tiket dan kad pengenalan anda untuk memudahkan pemeriksaa­n.
PEGANG tiket dan kad pengenalan anda untuk memudahkan pemeriksaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia