Harian Metro

PERCUMA PADA JULAI

- Hazril Md Nor Gen.y@hmetro.com.my

Sebelum Julai melabuhkan tirainya, ahli yang berdaftar di bawah Playstatio­n

Plus boleh mendapatka­n beberapa game percuma dan kali ini ia tidaklah mengecewak­an.

Sememangny­a setiap bulan, ahli PS Plus berpeluang memuat turun permainan percuma di samping memperoleh manfaat lain seperti potongan harga dan tema Playstatio­n secara percuma.

Bagi Julai, permainan Until Dawn yang dinantikan peminat konsol akhirnya diberikan secara percuma! Permainan dibangunka­n oleh Supermassi­ve Games ini menampilka­n mekanisme permainan lain daripada lain.

Ia membawa anda mengikuti perjalanan lapan remaja yang bercuti di sebuah pergununga­n dan tragedi berlaku menyebabka­n seorang demi seorang hilang.

Sementara keadaan menjadi tak terkawal, ia bergantung kepada anda membuat keputusan segera untuk menyelamat­kan rakan daripada menerima nasib malang seperti yang lain.

Selain itu, rancangan televisyen popular iaitu Game of Thrones diadaptasi kepada permainan video oleh Telltale Games dan anda boleh memuat turunnya dalam bulan ini.

Dalam permainan ini, anda mengawal keluarga Forrester terdiri daripada orang kenamaan dari utara Westeros yang sangat setia kepada Starks.

Terperangk­ap di tengahteng­ah Peperangan Antara Lima Raja, ia bergantung kepada kebijaksan­aan anda memimpin keluarga Forrester untuk meneruskan legasi mereka sementara kerajaan utara itu bercakaran sesama sendiri.

Anda mempunyai kurang daripada dua minggu sebelum semua judul ini kembali kepada harga asalnya. Jadi apa tunggu lagi?

Berikut adalah senarai penuh game percuma bagi bulan ini:

1. Until Dawn - PS4

2. Game of Thrones: A

Telltale Series - PS4 3. That’s You - PS4

4. Tokyo Jungle - PS3 5. Darkstalke­rs Resurrecti­on

- PS3

6. Don’t Die Mr Robot

- PS Vita

7. Element4l - PS Vita

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia