Harian Metro

4 GAME DALAM

-

Geek Empire di Ampang, baru-baru ini bagi mengumpulk­an peminat dalam satu pertanding­an.

Diberi nama Pertanding­an

Hari Raya MYFGC, permainan konsol seperti King of Fighters XIV, Tekken 7, Injustice 2 dan Street Fighter V dipertandi­ngkan dengan penyertaan lebih 20 orang (17 bagi Injustice 2).

Pemenang memenangi perkakasan elektronik Armageddon seperti papan kekunci, tetikus dan fon kepala. Terdapat juga cabutan bertuah bagi peserta lain yang mengambil bahagian.

Pengasas studio Geek Empire, Mohd Izwan Tumiran berkata, ia bukan saja pertanding­an terbuka kepada semua malah menggalakk­an silaturahi­m antara peserta.

“Konsep asalnya ialah buat rumah terbuka sempena Syawal. Tapi ada penambahan idea pula untuk adakan pertanding­an.

“Lebih menarik begini kerana setiap peserta dari serata negeri dikumpulka­n untuk ‘lepak’ sempena jamuan Aidilfitri dan pada masa sama bersaing secara sihat,” katanya.

Menganjurk­an pertanding­an merangkumi empat permainan video mungkin sukar namun ia bukanlah mustahil.

Kata Izwan, persiapan rapi perlu dilakukan dari awal.

“Memang sukar memastikan acara itu berjalan lancar dan hak peserta dijaga. Tapi dengan bantuan tenaga kerja berpengala­man, ia jadi mudah.

“Alhamdulil­lah, segalanya terkawal walaupun ada sedikit masalah timbul ketika hari

Komuniti MYFGC ajak peserta bertanding

 ??  ?? SAMBUTAN meriah di Geek Empire.
SAMBUTAN meriah di Geek Empire.
 ??  ?? MAKAN sambil berhibur.
MAKAN sambil berhibur.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia