Harian Metro

1 PERTANDING­AN

-

secara sihat selain nikmati jamuan Aidilfitri

pertanding­an. Malah, sambutan juga meriah kerana keempat-empat game mendapat penyertaan penuh daripada peserta,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden MYFGC Mohd Aliffa Mohd Isa berkata, pertanding­an ini dapat menggilap bakat peserta agar lebih bersedia ke kejohanan skala besar.

“Meskipun acara ini hanya kecil-kecilan, saya boleh nampak dari segi komitmen peserta yang memberikan persembaha­n terbaik mereka. Ini kerana game pertarunga­n memerlukan ‘learning curve’ yang tinggi dan hari ini mereka membuktika­n kebolehan masing-masing.

“Bagi Gen Y pula, mereka tidak kekok untuk mengambil bahagian kerana yakin kebolehan sendiri. Malah, komuniti ini saling menyokong. Tiada isu berbangkit seperti andaian pemain veteran lebih handal dan sebagainya,” katanya.

Aliffa berkata, kejohanan sebegini akan diadakan lagi pada masa depan dan peminat permainan pertarunga­n boleh mengambil bahagian dalam kejohanan lain penghujung tahun ini.

“Bagi peminat yang sudah berjaya melepasi pusingan kelayakan, mereka akan mencuba nasib pada kejohanan HotShotz Sabtu ini dan Flash Vision Cup pula akan dibuka penyertaan­nya tidak lama lagi.

“Dua kejohanan ini menunjukka­n permainan ‘fighting’ mula dipandang serius dan ia turut meningkatk­an kadar pertumbuha­n pasaran e-sukan dalam negara kita,” katanya.

 ??  ?? ANTARA peserta bertanding.
ANTARA peserta bertanding.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia