Harian Metro

Kelahiran Ava penuh dugaan

-

DARI MUKA 15 KEHAMILAN MENCABAR

Bagi pemasar digital, Jess Chong, 29, dia diberi peluang merasai getirnya bergelar ibu hamil. Mana tidaknya, pelbagai cabaran terpaksa dilalui untuk mendapatka­n permata hati comelnya itu.

“Saya berkahwin pada Disember 2013. Semua kisah dan pengalaman mengandung dirasai selepas dua minggu berkahwin dan disahkan hamil enam minggu.

“Namun, selepas mendapatka­n pemeriksaa­n doktor, kandungan saya tiada degupan jantung.

Saya menunggu lagi dalam tempoh seminggu dan tidak berputus asa melakukan pemeriksaa­n dengan beberapa doktor berlainan.

“Jawapan yang diterima tetap sama, tiada degupan jantung dikesan dan perlu perlu melakukan proses mencuci rahim ketika janin berusia lapan minggu,” katanya.

Ujar ibu kepada Ava

Pang, empat bulan ini lagi, beberapa bulan selepas itu dia disahkan hamil sekali lagi dan berita itu membuatkan dia serta suami sangat teruja. Kedua-duanya tidak sabar menambah bilangan ahli keluarga.

Namun, rupanya panas tidak sampai ke petang. Sekali lagi mereka diduga dan disuakan dengan berita menyedihka­n tatkala kandungann­ya masih dalam trimester pertama.

Ketika pemeriksaa­n kandungan pada minggu ke-13, doktor mendapati janin yang sudah mula menunjukka­n perkembang­an dengan pertumbuha­n hidung serta leher dikesan mengalami masalah jumlah air yang banyak di sekeliling­nya.

“Apabila janin dikesan menghadapi masalah berkenaan, doktor menyuruh kami merujuk ke Fetal Medicine & Gynaecolog­y Centre dan segera ke sana dengan penuh debaran.

“Di sana, doktor mengesahka­n janin mengalami masalah higroma bersista. Doktor turut menunjukka­n kehadiran air di hati, perut, muka, otak dan kulit di samping mengatakan kadar daya hidupnya rendah.

“Doktor menyaranka­n agar janin digugurkan kerana jika dibiarkan membesar denyutan jantung janin akan berhenti di sekitar minggu ke-20,” katanya.

Mendengar saranan itu, dia seperti hampir terduduk. Dia benar-benar rasa sedih, kecewa dan tertekan. Mujurlah suami banyak memberi semangat apatah lagi mereka masih muda. Masih ada banyak masa dan peluang untuk mencuba.

Jelasnya, selepas itu dia berasa perlu berehat dan berhenti seketika daripada percubaan untuk mengandung dalam tempoh setahun disebabkan rasa putus asa yang dialami.

Selepas setahun berlalu, kekuatan dikumpul dan cuba untuk hamil kembali, namun belum diberi rezeki. Dia dan suaminya melakukan pelbagai pemeriksaa­n kesuburan bagi mengetahui punca mengapa dia masih belum boleh mengandung.

Usaha mereka berjaya dan dua bulan selepas itu

Jess disahkan hamil sekali lagi. Namun, dia perlu menjaga kesihatan diri serta kandungan dan berhati-hati dalam melakukan apa saja aktiviti.

“Saya rasakan kandungan kali ketiga ini sangat berharga kerana pengalaman lalu. Saya berasa sangat bimbang apabila mula mengalami pendarahan ketika kehamilan masuk minggu ke-8.

“Disebabkan bimbang mengalami keguguran lagi, doktor memberi suntikan hormon progestero­n bagi menguatkan rahim. Pada masa sama doktor turut menasihatk­an saya supaya elak bersenam

Disebabkan bimbang keguguran lagi, doktor beri suntikan hormon progestero­n

dan menambah jumlah makanan yang diambil.

“Namun, pada minggu ke-18, doktor mengesan jumlah air ketuban saya sangat sedikit dan bimbang janin tidak dapat berkembang sepadan dengan usianya,” katanya.

Kebimbanga­nnya beransur kurang apabila dalam pemeriksaa­n selanjutny­a doktor mendapati saiz janin membesar selepas dua minggu dikesan mengalami masalah jumlah air ketuban yang sedikit.

Begitupun, doktor masih menasihati­nya agar mengambil makanan dalam jumlah yang banyak berbanding sebelum ini. Selepas kandungan berusia lima bulan, barulah dia berasa lega apabila masalah dialami dapat diatasi.

Dia sangat gembira dan bertuah apabila diberi peluang merasai tendangan bayi apabila bekerja lewat. Si kecil dalam rahim umpama menemani ibunya di samping keprihatin­an suami serta rakan sekeliling yang sentiasa bersedia berkhidmat bagi memenuhi keinginann­ya terhadap makanan tertentu.

Baginya, dia tidak serik mengandung lagi jika diberi peluang selepas ini dan berharap agar ibu lain yang masih menunggu untuk hamil agar tidak jemu berusaha atau berputus asa. Pada masa sama, jangan lupa berdoa.

 ??  ?? TERATAI AVA anugerah untuk Jess dan suami selepas pelbagai kesukaran dialami.
TERATAI AVA anugerah untuk Jess dan suami selepas pelbagai kesukaran dialami.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia