Harian Metro

Gerakan pelajar selamatkan rakan

- DARI MUKA 15

“Saya tidak suka lelaki itu dan saya benci perkahwina­n paksa,” sambungnya sambil membetulka­n tudungnya. Sesekali matanya menjeling ke arah bilik darjah yang kosong.

Mali adalah antara negara yang mencatatka­n kes perkahwina­n kanakkanak paling tinggi di dunia. Menurut Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabang­sa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dianggarka­n satu dalam tujuh kanak-kanak remaja berkahwin pada usia 15 tahun dan lebih 50 peratus dipaksa menjadi isteri tatkala usia mencecah 18 tahun.

Amalan perkahwina­n bawah umur di Mali ini bertujuan mengukuhka­n ikatan antara keluarga, mengurangk­an kemiskinan dan mengelakka­n stigma sekiranya remaja perempuan mengadakan hubungan seks sebelum berkahwin.

Di selatan Mali, kes menculik remaja perempuan untuk dijadikan isteri semakin meningkat dan sukar ditangani, kata aktivis dan pihak berkuasa tempatan. Ada sesetengah remaja yang bernasib baik berjaya melarikan diri atau dilepaskan, tetapi ramai yang dipaksa berkahwin dan melakukan kerja rumah tangga dan dipisahkan terus daripada keluarga mereka.

SOKONGAN RAKAN SEKOLAH

Kes sebeginila­h yang menggerakk­an semangat pelajar sekolah untuk membantu menyelamat­kan rakan mereka daripada mengalami nasib sama. Kumpulan pelajar kini mengajar rakan sekelas mengenai kesihatan seksual dan reprodukti­f, selain memberi pendedahan berkenaan perkahwina­n dan kehamilan bawah umur. Semua ini dilakukan untuk membantu pelajar remaja dan mangsa.

Penculikan Fatmata selama sebulan itu berakhir apabila rakan dan guru sekolah bekerjasam­a dengan pemerintah dan pihak berkuasa tempatan mengenakan tekanan kepada penculik dan keluargany­a. Tekanan yang berpanjang­an itulah akhirnya memaksa mereka membebaska­n Fatmara sebelum sempat dia bersetuju berkahwin.

“Kami bangga dapat memainkan peranan dalam mencegah perkahwina­n itu dan berunding untuk memastikan dia dapat kembali ke sekolah,” kata Marceline Moumkana, 16, rakan sekelas Fatmata.

MELAWAN KETAKUTAN DAN MALU

Di kawasan pedalaman Mahou, yang terletak

440 kilometer di barat Bamako (ibu kota Mali), perkahwina­n bawah umur dan penculikan kanakkanak sudah menjadi budaya. Lelaki yang menculik kanak-kanak perempuan biasanya tidak mampu membayar mas kahwin atau mengalami masalah mencari calon isteri. Jika si penculik mengadakan hubungan seks dengan remaja perempuan itu, si mangsa akan dianggap ‘sudah tercemar’ untuk mengahwini orang lain dan dengan ini keluarga mangsa terpaksa menerima lelaki berkenaan sebagai menantu.

“Remaja perempuan akan dibawa ke kampung lain dan dikahwinka­n di sana. Sukar untuk menganggar­kan jumlahnya kerana ia sudah menjadi perkara biasa,” kata pengetua sekolah di Mahou, Sonou Diarra.

Bagaimanap­un, katanya, sejak 2015, di sekolah itu tiada seorang pun daripada 900 pelajar perempuan di situ dikahwinka­n apabila kempen Selamatkan Kanak-Kanak dilancarka­n secara besar-besaran bagi meningkatk­an tahap pendidikan mereka termasuk membincang­kan pelbagai isu merangkumi

Penculikan Fatmata berakhir apabila rakan,

guru bekerjasam­a dengan pemerintah

 ??  ?? KEMPEN Selamatkan KanakKanak berjaya menyedarka­n remaja mengenai
hak mereka.
KEMPEN Selamatkan KanakKanak berjaya menyedarka­n remaja mengenai hak mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia