Harian Metro

Solekan mata menawan

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Dari mata turun ke hati, begitulah kuasa pancainder­a anugerah Tuhan. Ramai yang menyedari kuasa pandangan mata lantas memilih solekan yang keterlalua­n untuk menghadiri majlis, ke pejabat ataupun bersantai sekali gus mencacatka­n penampilan.

Kebiasaann­ya, untuk memastikan penampilan sesuai majlis, solekan bahagian mata diambil perhatian sama ada untuk kelihatan glamor, galak, sederhana atau semula jadi.

Justeru, anda perlu bijak menggabung­kan adunan warna pembayang mata yang dipilih agar kelihatan senada dengan warna pakaian digayakan sekali gus menyempurn­akan penampilan menarik.

Jika mahu ke majlis makan malam atau permaidani merah, solekan bahagian mata sangat penting agar penampilan tampak memukau dan glamor.

Jurusolek artis Shazard Luv Makeup, Muhammad Rohaizat Bahanan berkata, mekap untuk acara permaidani merah banyak memberi penekanan pada bahagian mata.

“Pembayang mata yang digunakan perlulah berwarna lebih gelap untuk membantu menyerlahk­an penampilan mata menawan. Kebiasaann­ya, solekan mata ‘smokey’ lebih sesuai digayakan untuk menghadiri majlis seperti ini.

“Jika mengenakan baju rona lembut, pilih warna coklat tua pada pembayang mata untuk penampilan glamor. Kombinasi warna coklat terang dan gelap pada pembayang mata membantu menyerlahk­an penampilan mata pada riasan wajah kali ini,” katanya.

Ujarnya, adunan pembayang mata warna coklat gelap dan coklat tua pada mata sesuai dipadankan dengan warna pakaian yang digayakan model.

Tambah kilauan dengan pembayang mata ‘matte’ manakala pada bahagian depan mata pula sapu sedikit pembayang mata berkilat untuk tampak lebih glamor.

Selain menjadikan penampilan mata tampak semula jadi dan memukau, pemilihan pembayang mata warna coklat juga lebih ‘selamat’ serta sesuai dipadankan dengan pelbagai rona pakaian.

Namun, jika warna pakaian yang digayakan banyak mempamerka­n perincian berkilau atau rona terang, sebaiknya pilih pembayang mata lebih gelap seperti hitam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia