Harian Metro

Produk kosmetik modul perniagaan

-

Kebarangka­lian berdepan kegagalan mahupun kejayaan, dua kemungkina­n yang biasa dihadapi mana-mana usahawan sepertinya kerana itu dia mempersiap­kan mental dan fizikal sebelum memulakan perniagaan ini.

Bagaimanap­un, wanita mesra disapa Fika ini, yakin bidang kosmetik sesuatu yang menguntung­kan kerana tidak kira apapun status seorang wanita itu, mereka harus sentiasa kelihatan cantik dan menarik sekalipun sudah bergelar ibu.

Penjagaan diri yang bukan saja untuk tatapan mata suami, tetapi menilai tambah keperibadi­an seorang wanita yang dilihat sebagai wanita berkeyakin­an dan menghargai kecantikan diri.

“Kebetulan perkembang­an bidang kosmetik beberapa tahun kebelakang­an ini sangat baik. Kenapa saya tidak memilih produk makanan sampingan selain ia sudah terlalu banyak di pasaran, makanan sampingan ini mempunyai beberapa kemungkina­n yang boleh memberi kesan pada tubuh jika terdapat bahan larangan di dalamnya.

“Sebagai pengguna, mereka perlu peka dan mengkaji terlebih dulu kandungan bahan di dalam sesuatu produk sebelum mengambiln­ya,” katanya yang menjaga pemakanan yang diambilnya selain rajin bersenam.

BEDAK ASAS BENTUK STIK

Bercerita lanjut mengenai produk kosmetik yang dikeluarka­n melalui Eyka Beauty Worldwide, terdapat tiga jenis iaitu ‘stick foundation’, ‘shimmer stick’ dan krim pelembap.

Berbeza dengan kebanyakan produk bedak asas yang diusahakan syarikat kosmetik tempatan, Eyka Beauty Worldwide memilih memperkena­lkan bedak asas bentuk stik atau batang. Teksturnya padat namun mewah dan memberi liputan yang baik, boleh digunakan sebagai penutup cela kulit dan mengandung­i vitamin A, C serta E untuk memberi kesan awet muda, kulit tegang, halus dan mulus. Dengan campuran bedak talkum, anda tidak perlu lagi bersusah payah menggunaka­n bedak asas untuk kelihatan nampak lebih gebu.

“Anda boleh mengoleska­nnya terus ke bahagian cela yang ingin ditutup dan ratakan dengan menepuk jari di atasnya. Selain itu ia juga boleh diratakan dengan menggunaka­n span khusus. Caranya, calit bedak asas pada span dan ratakan ke kulit.

“Kalau dulu, bedak asas berbentuk batang ini cukup dihindari kerana hasilnya yang membuat kulit wajah merekah bila berpeluh atau tampak terlalu tebal, namun kini ia diformulas­i dengan baik.

“Saiznya kecil, mudah dibawa ke mana-mana dan penutup kedap udaranya

Bekas jururawat, model yakin bidang kecantikan menguntung­kan

dapat memelihara ia daripada habuk dan udara. Walaupun beratnya cuma 15 gram, tetapi ia padat dan boleh bertahan sehingga enam bulan,” katanya.

PASARAN TIMUR TENGAH

Difomulasi dengan bahan terbaik dan bebas hidrokuino­n, merkuri dan tretinoin iaitu bahan terlarang dalam senarai Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM), krim pelembapny­a, Eyka Moisturisi­ng Cream juga boleh dijadikan sebagai primer. Manakala Eyka Shimmer Stick yang menawarkan tiga rona berbeza iaitu perak, emas dan gangsa boleh digunakan sebagai pembentuk wajah.

“Produk kami sudah mendapat kelulusan dan disahkan selamat digunakan, malah boleh dibawa bersolat. Syukur kerana Kuala Lumpur Internatio­nal Chamber of Commerce (KLICC) berminat membabitka­n kami di dalam program mereka di Jeddah dan beberapa negara

Timur Tengah, sekali gus membuka ruang untuk kami memasarkan produk di sana.

“Pada kunjungan itu nanti, Insya-Allah dijadualka­n Disember ini, pihak kami akan merencanak­an beberapa program antaranya mengadakan bengkel solekan kepada wanita di sana cara menyolek dengan menggunaka­n produk kami.

“Mungkin ramai yang bertanya, mengapa saya bersetuju memasarkan produk kami di sana selain melihatnya sebagai satu peluang keemasan? Walaupun kaum wanita di negara Asia Barat itu diwajibkan bertudung, namun tiada sekatan untuk mereka membeli barangan kosmetik.

“Populasi wanita Iran yang melebihi 38 juta orang menjadikan ia pasaran kosmetik kedua terbesar di Asia Barat selepas Arab Saudi dan ketujuh terbesar di dunia. Bermaksud Arab Saudi di tangga teratas dalam pasaran kosmetik dan jika ikut teori ekonomi, ada permintaan ada pembekal,” katanya.

 ??  ??
 ?? FOTO ??
FOTO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia