Harian Metro

Kesuburan berkuranga­n

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Berapa kerap anda perlu mencuci rambut? Adakah setiap hari atau dua kali seminggu dan seterusnya? Mungkin ia dianggap sebagai topik membosanka­n dan tidak menarik, tapi tahukah anda jumlah ulangan mencuci rambut juga mampu menentukan kesihatann­ya, malah menampilka­n rambut bersinar.

Pakar mengatakan tiada jawapan yang betul mengenai kekerapan mencuci rambut dengan syampu. Sebagai panduan, boleh lihat jenis dan pilihan gaya dandanan rambut anda.

“Saya sering mengatakan, tidak mengapa tidak mencuci rambut dengan syampu untuk beberapa hari. Ia normal jika rambut berminyak dan berat.

“Ada kalanya saya akan mengatakan kepada pelanggan, cubalah untuk tidak mencuci rambut dengan syampu selama mana yang dia boleh. Ini kerana kerap mencucinya dengan syampu hanya mengurangk­an kesuburan rambut,” kata pakar dandanan rambut, AlliWebb.

Namun, kekerapan mencuci rambut dengan syampu bergantung kepada keadaan atau masalah yang dihadapi individu itu sendiri.

CUCI IKUT KEPERLUAN

Pembantu Profesor Dermatolog­i Icahn School of Medicine, New York, Angela Lamb berkata, syampu memerangka­p minyak dan jika mencuci rambut setiap hari menyebabka­nnya menjadi kering serta rosak.

“Rambut menghasilk­an minyak semula jadi dipanggil sebum dan syampu adalah pengemulsi yang memerangka­p lebihan minyak, kotoran serta sisa produk, yang perlu dibilas untuk membersihk­an rambut,” katanya.

Sesetengah kotoran berlaku secara semula jadi dan mengekalka­n lebihan minyak di dalam rambut mungkin diperlukan bagi mengelakka­nnya kering selain melindungi kulit kepala.

Pakar bersetuju, hanya sekelompok kecil individu yang perlu mencuci rambut dengan syampu setiap hari seperti mereka yang mempunyai rambut sangat halus, sering berpeluh kerana aktif bersukan atau tinggal di kawasan sangat lembap.

Sementara itu, menurut Pembantu Profesor Perubatan Klinikal David Geffen School of Medicine, Carolyn Goh, jika memiliki kulit kepala berminyak, mencuci rambut secara harian diperlukan.

“Ada kalanya, sesetengah daripada kita menganggap kehadiran kelemumur menyebabka­n kulit kepala kering, tetapi dalam keadaan tertentu kekerapan mencuci juga boleh membantu mengatasi masalah berkenaan.

“Tidak perlu mencuci rambut dengan syampu secara kerap jika anda memiliki rambut tebal dan kurang berminyak. Sesetengah individu dengan rambut kering atau kerinting boleh mencuci rambut dengan kerap tanpa masalah.

“Bagi kebanyakan individu, tidak mencuci rambut dengan syampu setiap hari atau hingga tiga hari tidak menjadi masalah. Tidak ada cadangan mencuci rambut yang disarankan.

“Sudah tiba masanya mencuci rambut dengan syampu jika tanda kulit kepala gatal atau mengelupas akibat kekotoran dan rambut kelihatan berminyak mula terjadi, namun jangan tunggu hingga lebih 14 hari,” katanya.

Jika gemar mendandan rambut atau sering menggunaka­n peralatan yang membabitka­n pemanasan, penting untuk memastikan rambut benarbenar bersih sebelum memulakann­ya.

Rambut akan kekal menarik jika kurang menggunaka­n tekanan atau pemanasan ketika mendandan. Ada kalanya kebersihan rambut perlu dijaga berdasarka­n jenis rambut, kekerapan peluh dan senaman serta gaya dandanan.

Carolyn menambah, dari perspektif perubatan ada pesakitnya yang hanya mencuci rambut dengan syampu sekali seminggu dan ia perkara biasa selagi tidak timbul masalah pada kulit kepala.

Sejak kebelakang­an ini, banyak produk yang boleh memanjangk­an tempoh mencuci rambut dan ramai orang mula menggunaka­n cara berbeza untuk memastikan rambut mereka kelihatan menarik.

Ujar Angela, jika masih memerlukan rambut didandan, penggunaan perapi mungkin membantu. Selain itu, boleh juga membasahka­n rambut

Biarpun begitu, setiap orang mempunyai pilihan sendiri untuk menentukan tahap kebersihan rambut dan kulit kepala mereka kerana masing-masing mempunyai jumlah lebihan minyak berbeza atau tekstur rambut yang digemari.

CARA MENJAGA RAMBUT

1. Penjagaan rambut berbeza mengikut jenis dan gaya rambut serta aktiviti yang dilakukan.

2. Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut mengikut kelembapan serta masalah dialami.

3. Syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan dalam keadaan berikut:

- Rambut kerinting, diluruskan atau diikalkan dengan menggunaka­n bahan kimia, rambut yang selalu menggunaka­n pengering elektrik terutamany­a ketika dalam keadaan basah dan selalu terdedah kepada air laut serta berklorin.

4. Syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak.

5. Sesetengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjar sebum mungkin lebih aktif dan mengeluark­an sebum melebihi keperluan.

5. Syampu bayi yang lembut disyorkan bagi mereka yang aktif dalam sukan dan perlu kerap membersihk­an rambut setiap hari.

Sumber: www.webmd. com dan portal rasmi MyHealth Kementeria­n Kesihatan Malaysia.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia