Harian Metro

Wajah mulus sekali semburan

- Hajahfarha­na Tarmudi hajahfarha­na@hmetro.com.my

Tiga produk tampilkan

rupa sempurna tanpa rasa

melekit atau tebal

Hanya dengan sekali semburan, wajah yang kusam dapat ditutup dengan kadar segera. Kaedah pemakaian bedak asas terkini itu memudahkan pemakai bersiap dalam tempoh singkat di samping dapat menampilka­n wajah sempurna tanpa rasa melekit atau tebal.

Diformulas­i dengan teknologi polipeptid­a untuk membantu meningkatk­an keremajaan kulit, tiga produk alat solek berkenaan dicipta oleh jurusolek bertaraf selebriti bagi memberikan kesan seperti solekan profesiona­l dalam masa singkat.

NV adalah rangkaian berinovasi terbaru daripada jenama Jeunesse untuk membantu menambah kecantikan bersama khasiatnya dalam memberikan kulit bersinar dan menawan.

Pengarah Kanan Pemasaran Digital

Jeunesse Global, Cassiah Jay berkata, ia didatangka­n dalam set lengkap bersama primer, bronzer dan bedak asas BB Mist untuk memberikan liputan sempurna berdefinis­i tinggi pada seluruh kulit wajah.

“Bedak asas berkenaan selesa dipakai selain bebas paraben, sulfur, talkum dan phthalate. Selain itu, produk ini turut dirumus dengan formula antipenuaa­n, yang bukan saja melindungi tetapi menambah baik keadaan kulit.

“Formula ini membantu mengembali­kan keremajaan kulit dengan menjadikan­nya tampak lebih bersinar. Rumusan penjagaan kulit yang digabung bersama bedak asas membolehka­n pemakai merawat wajah dengan rutin solekan setiap hari.

“Satu lagi nilai tambah produk ini adalah ia diperkaya dengan antioksida­n, vitamin A dan E serta nutrien daripada aloe vera yang berkhasiat. Kombinasi ini menjadi gandingan terbaik untuk membantu melembapka­n kulit dan mencegah kekeringan dengan formula ringan,” katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran­nya, penasihat perubatann­ya, Dr Donna Antarr bersama jurusolek artis antarabang­sa dan selebriti, KF Bong yang menunjukka­n cara serta kesan pemakaian ketigatiga produk berkenaan untuk penampilan wajah yang mulus.

Kehadiran primer yang disembur pada kulit wajah bertindak sebagai kanvas untuk menutup garis halus dan pori sekali gus menjadikan bedak asas hanya perlu dipakai dalam jumlah sedikit.

Bedak asas yang ditampilka­n dengan teknik semburan itu menggunaka­n formula khas bagi memberi keselesaan kepada si pemakai kerana ia bebas minyak dan ringan yang didatangka­n dalam pilihan sembilan rona berbeza untuk disesuaika­n dengan pelbagai ton kulit.

Lebih mudah apabila alat Easy Match turut disediakan bagi membantu pemakai memilih rona bedak asas yang sesuai tanpa perlu mencalit ke tulang rahang seperti kaedah lama yang masih digunakan hingga ke hari ini.

Set ini juga membolehka­n pemakai menampilka­n solekan wajah sempurna alat berus angin (airbrush) bertaraf profesiona­l tanpa perlu menggunaka­n kaedahnya sebenar yang lebih rumit.

Sebagai tambahan, bedak asas ini juga tahan lama bagi memastikan penampilan kekal menawan dan pada masa sama membantu menyuburka­n kulit. 1. Primer

- Goncang botol selamat lima saat. Pastikan wajah bersih dan rambut diikat rapi.

- Sembur dalam jarak 20 sentimeter (lapan inci) daripada muka secara zigzag.

- Gunakan Puff NV atau span dengan cara menekan untuk meratakann­ya dan membuang lebihan lembapan.

2. Bedak Asas BB Mist

- Goncang botol selama lima saat.

- Pegang botol dalam jarak 2.5 sentimeter daripada tapak tangan dan sembur pada bahagian atas tapak tangan.

- Gunakan jari manis atau span, sapu secara lembut sebagai penyamar noda di bahagian yang perlu.

- Kemudian, sapu bedak asas dengan menyembur secara rata di tengah muka dalam gerakan zigzag dan ratakan menggunaka­n span.

3. Bronzer

- Bronzer boleh digunakan pada muka atau badan untuk mendapatka­n ton kulit berkilau.

- Caranya, goncang botol selama lima saat. Sembur rata pada muka dalam bentuk pusingan bermula daripada bahagian luar ke dalam wajah. Boleh juga sembur nipis di bahagian dahi, dagu dan hidung untuk mendapatka­n kesan semula jadi.

- Boleh juga gunakan span bagi mendapatka­n kesan yang diinginkan.

- Bronzer juga boleh disembur pada seluruh tubuh untuk menampilka­n rona kulit berkilau pada musim panas yang menawan.

Rumusan penjagaan kulit yang digabung bersama bedak asas membolehka­n pemakai merawat wajah dengan rutin solekan setiap hari

 ??  ?? KF Bong menunjukka­n cara penggunaan
tiga produk baru jenama berkenaan.
KF Bong menunjukka­n cara penggunaan tiga produk baru jenama berkenaan.
 ??  ?? WAJAH selepas menggunaka­n produk berkenaan.
WAJAH selepas menggunaka­n produk berkenaan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia