Harian Metro

Wajib ubah jika jasad masih elok

-

Jenazah umat Islam yang dikebumika­n dalam keadaan terpesong dari arah kiblat wajib dibetulkan sekiranya jasad masih elok.

Bagaimanap­un, jika fizikal jenazah berubah (rosak) maka haram dialihkan kerana boleh memudaratk­an jasad si mati.

Mufti Wilayah Persekutua­n, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, sebelum mengambil tindakan jika ada aduan mengenai kubur tidak mengikut arah kiblat, Pegawai Bahagian Falak Pejabat Mufti perlu memastikan kesahihan perkara itu.

Menurut beliau, ada dua keadaan mengenai hukum iaitu wajib bagi mayat baru manakala haram mengalihka­n mayat sudah lama dikebumika­n.

“Sekiranya mayat itu baru sehari hingga tiga hari dan keadaannya masih baik dan selamat maka ketika itu wajib kubur itu digali untuk dialih mengikut arah kiblat.

“Namun jika keadaan mayat reput, rosak atau berubah, maka haram alihkannya mengadap kiblat kerana beri mudarat pada jasad itu,” katanya, di sini, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN) Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid berkata, isu kubur terpesong arah kiblat berlaku disebabkan kaedah pengebumia­n mungkin mengikut ijtihad lama berdasarka­n peraturan tertentu pada waktu itu.

Menurutnya, ia berbeza dengan ijtihad baru yang ditemui penyelidik mengikut tafsiran berdasarka­n panduan terkini yang digunakan.

“Bagaimanap­un, ijtihad baru ini tidak batalkan ijtihad lama. Samalah macam kalau kita masuk hutan, tak tahu arah kiblat kemudian kita sembahyang ikut satu arah yang dirasakan kiblat.

“Tetapi tiba-tiba bila terbit matahari, rupanya arah (kiblat) tadi tidak betul, tapi tak perlu sembahyang semula namun untuk waktu solat selepas itu, perlu ikut arah kiblat baru,” katanya.

 ??  ?? YAHYA meninjau kawasan tanah perkuburan yang tersasar dari arah kiblat.
YAHYA meninjau kawasan tanah perkuburan yang tersasar dari arah kiblat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia