Harian Metro

SAYA NAK BELI INSURANS RM100j!

- Ibrahim Isa ibrahim_isa@hmetro.com.my

Berang selepas hasrat untuk membeli insurans RM100 juta ditolak, seorang pesakit mental membakar pintu sebuah bank di Jalan Kundang, Bukit Pasir, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.35 malam, lelaki berusia 29 tahun itu dilihat orang ramai mencurahka­n cecair di pintu bank berkenaan sebelum membakar kertas untuk mencetuska­n kebakaran.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, api marak serta-merta menyebabka­n orang ramai yang melihat perbuatan suspek menghubung­i Balai Bomba dan Penyelamat Penggaram untuk memadamkan api.

“Suspek yang terkejut kelakuanny­a dilihat orang ramai melarikan diri ke rumahnya di Taman Setia Jaya, Batu Pahat dengan menunggang motosikal.

“Polis yang melakukan siasatan mengenal pasti suspek dan menahan lelaki itu di rumahnya dalam tempoh kurang sejam,” katanya dalam kenyataan media,

 Pesakit mental berang hasrat ditolak bertindak bakar pintu bank

di sini, semalam. Menurut Abdul Wahib, siasatan mendapati suspek berang kerana niatnya untuk membeli insurans RM100 juta ditolak bank berkenaan. Katanya, selain itu, suspek pernah mendapatka­n rawatan mental di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat.

“Suspek direman sehingga 27 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat menggunaka­n api. Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan jam 8.44 malam dan menghantar sebuah jentera bersama enam anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi tujuh minit kemudian, pihaknya mendapati api dipadamkan dan terdapat kesan terbakar di pintu bank itu.

 ??  ??
 ??  ?? KESAN terbakar pada pintu bank di Jalan Kundang, Bukit Pasir, Batu Pahat.
KESAN terbakar pada pintu bank di Jalan Kundang, Bukit Pasir, Batu Pahat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia