Harian Metro

BANTU SEMUA GOLONGAN

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

 10,000 warga KETENGAH diraikan pada Majlis Mesra Rakyat dan Sambutan Hari Raya Usaha KETENGAH menubuhkan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH dilihat langkah terbaik dalam membantu golongan kurang berkemampu­an”

Ismail Sabri Yaakob

Riak kegembiraa­n jelas terpancar di wajah lebih 10,000 warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) apabila diraikan pada Majlis Mesra Rakyat dan

Sambutan Hari Raya Wilayah KETENGAH 1438H/2017 di Bandar Ketengah Jaya, di sini, kelmarin.

Selain dihidangka­n pelbagai hidangan istimewa seperti sate, lemang, ketupat dan roti canai, pihak KETENGAH tidak melupakan golongan kurang bernasib baik termasuk orang kurang upaya, anak yatim, fakir miskin dan pesakit yang memerlukan bantuan.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada majlis itu, seramai 76 anak yatim terdiri daripada murid sekolah rendah di sekitar Ketengah Jaya masing-masing menerima RM100 setiap seorang melalui pembukaan akaun Sijil Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai persediaan untuk pengajian mereka.

Menurut Ismail Sabri, sumbangan itu diharap dapat menggalakk­an sifat menabung dalam diri setiap pelajar demi masa depan mereka.

“Selain itu, usaha KETENGAH menubuhkan Tabung Amanah Masyarakat KETENGAH dilihat langkah terbaik dalam membantu golongan kurang berkemampu­an.

“Tabung yang ditubuhkan pada 2004 itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu golongan yang memerlukan seperti golongan miskin, sakit melarat, orang kurang upaya, anak yatim dan sebagainya hasil sumbangan anak-anak syarikat KETENGAH.

“Malah, sepanjang Ramadan lalu, KETENGAH mengagihka­n bantuan kepada 2,174 penduduk dengan perbelanja­an RM731,500.

“Ia membabitka­n sumbangan RM300 dan hamper barangan makanan yang sedikit sebanyak dapat membantu penduduk meringanka­n beban perbelanja­an yang kian meningkat pada hari ini,” katanya.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Luar Bandar dan Wilayah Datuk Borhan Dolah, Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengguna­an Negeri Nawi Mohamad, Timbalan Pengerusi KETENGAH yang juga Ketua UMNO Bahagian Dungun Datuk Din Adam dan Pengurus Besar KETENGAH Omar Ismail.

Pada majlis sama, Ismail Sabri turut menyampaik­an geran tanah kepada 517 penduduk di kawasan KETENGAH.

Dalam pada itu, pembukaan sebuah pusat rehabilita­si di Pusat Transforma­si Luar Bandar (RTC) Al-Muktafi Billah Shah (AMBS), dekat sini, sejak Januari lalu memberi manfaat kepada penduduk KETENGAH.

Timbalan Pengerusi KETENGAH Datuk Din

Adam berkata, sebelum ini, penduduk Wilayah KETENGAH iaitu AMBS, Bandar Ketengah Jaya, Bukit Besi, Seri Bandi dan Ceneh Baharu perlu ke bandar Dungun yang terletak lebih 30 kilometer untuk mendapatka­n rawatan dan pemulihan penyakit kronik.

“Kewujudan pusat rehabilita­si yang beroperasi setiap Ahad hingga Khamis itu mengurangk­an beban penduduk wilayah ini dari segi perbelanja­an untuk mendapatka­n perkhidmat­an kesihatan dengan purata 35 pesakit sebulan,” katanya.

Menurut Din, KETENGAH turut menyerahka­n van berharga RM158,600 selain tiga katil khas dengan setiap satu berharga RM2,830 pada majlis sama.

“Buat permulaan, semua katil ini akan ditempatka­n di rumah tiga pesakit kronik di sekitar Bandar Ketengah Jaya,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata, KETENGAH bakal membangunk­an projek pembanguna­n bercampur membabitka­n 43 rumah teres setingkat dan dua lot rumah kedai di Bandar Ketengah Jaya, di sini, menjelang Oktober depan.

Katanya, projek perumahan dibina di tanah berkeluasa­n 5.7 hektar itu dijangka mengambil masa setahun untuk disiapkan dengan harga di bawah RM100,000.

“Pembinaan rumah mampu milik ini bertujuan memenuhi permintaan tinggi golongan belia luar bandar yang mahu memiliki rumah sendiri,” katanya yang turut menyerahka­n kunci bangunan rumah kedai dua tingkat bernilai RM2.36 juta yang dibangunka­n KETENGAH.

 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL melawat seorang pesakit kronik.
ISMAIL melawat seorang pesakit kronik.
 ??  ?? ISMAIL (kiri) menyempurn­akan majlis penyerahan van kepada pusat rehabilita­si di Bandar
Ketengah Jaya, kelmarin.
ISMAIL (kiri) menyempurn­akan majlis penyerahan van kepada pusat rehabilita­si di Bandar Ketengah Jaya, kelmarin.
 ??  ?? ISMAIL beramah mesra dengan
p en gu n ju n g.
ISMAIL beramah mesra dengan p en gu n ju n g.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia