Harian Metro

AJAL DI TANGAN KEKASIH

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

Teman wanita warga Vietnam bunuh diri selepas tembak anggota polis

Kuala Lumpur

Misteri kehilangan seorang anggota polis Pasukan Siasatan Khas Bersepadu Bukit Aman sejak tiga hari lalu terjawab apabila mayat mangsa ditemui ditembak mati kekasihnya di sebuah rumah di Taman Bukit Ria, Cheras di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi itu, anggota polis berpangkat lans koperal berusia 25 tahun itu ditemui mati tersandar di dinding manakala suspek wanita berusia 20-an turut ditemui mati di kediaman sama.

Wanita warga Vietnam berusia 19 tahun itu dipercayai menembak kepalanya sendiri selepas membunuh anggota polis terbabit.

Sumber polis berkata, mayat pasangan terbabit ditemui tiga rakan sekerja si mati yang berusaha menjejaki mangsa.

“Difahamkan abang mangsa yang menetap di Johor meminta rakan setugas mangsa memeriksa kediaman itu selepas adiknya gagal dihubungi sejak tiga hari lalu.

“Anggota polis kemudian membuka pintu rumah itu dengan bantuan rakan serumah mangsa sebelum menemui mayat mangsa.

“Polis turut menemui dua kesan tembakan mengenai dinding selain satu kelongsong peluru di lantai.

“Si mati ditemui buat kali terakhir oleh rakan sekerjanya pada 20 Julai lalu sebelum tidak hadir ke pejabat kerana cuti sakit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh yang mengesahka­n kejadian itu berkata, polis sedang menyiasat penemuan mayat pasangan itu.

Menurutnya, kes berlaku apabila salah seorang mangsa menembak mati pasanganny­a sebelum membunuh diri.

Katanya, turut ditemui sepucuk pistol model Styer

M6 milik Polis Diraja

Malaysia (PDRM) di tangan mayat wanita itu.

“Setakat ini, siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan siapa yang menembak siapa.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302

Kanun Keseksaan dan mati mengejut,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia