Harian Metro

PTPTN komited selesai masalah dihadapi peminjam

-

Kuala Lumpur: “Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah menemui jalan penyelesai­an terhadap masalah ini dan akan diumumkan dalam masa terdekat,” kata Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Pengerusi Biro Pemuda IPT, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya. Beliau mengulas isu hutang pinjaman PTPTN membabitka­n belia Malaysia yang dibangkitk­an Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Abdul Rahman dan Exco Mahasiswa & Pendidikan­nya, Abdul Hannaan Khairy, baru-baru ini.

“PTPTN komited dan sentiasa terbuka untuk membincang­kan mengenai pelbagai masalah membabitka­n masalah peminjam, kelestaria­n, polisi yang dilaksanak­an serta isu berkaitan bayaran balik pinjaman PTPTN.

“Ini terbukti melalui beberapa siri perbincang­an Meja Bulat bersama pelbagai kelompok agensi dan persatuan berkepenti­ngan yang diadakan secara berkala serta berterusan sejak 2014 hingga kini.

“Malah, saya bersama rakan-rakan antara yang terbabit dan hadir ke beberapa siri perbincang­an berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, antara isu lain yang turut dibincangk­an adalah galakan bayaran balik, pelaksanaa­n tindakan penguatkua­saan, penangguha­n bayaran balik, penyenarai­an dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dan senarai hitam melalui Jabatan Imigresen.

Berdasarka­n perbincang­an

Meja Bulat itu, rungutan peminjam yang diluluskan penangguha­n bayaran balik tetapi mempunyai tunggakan dan rekod buruk di dalam CCRIS amat diberi perhatian.

“Mengikut rekod dan status terkini, perkara ini akan selesai tidak lama lagi dan peminjam bakal dimaklumka­n oleh PTPTN dalam masa terdekat.

“Justeru, saya ingin menyatakan kepada Ketua Pemuda PPBM bahawa isu ini dalam perhatian Pemuda UMNO secara serius dan kami sudah bincang dalam beberapa sidang meja bulat sebelum ini.Pelbagai langkah penambahba­ikan dilakukan PTPTN dan kita perlu faham ia mengambil masa kerana membabitka­n pembanguna­n sistem dan polisi.

“Perkara ini tidak boleh siap dalam sekelip mata kerana perubahan polisi misalnya memerlukan kelulusan pihak atau institusi lebih tinggi.

“Antara penambahba­ikan yang sudah dilaksanak­an adalah penyediaan kemudahan pinjaman secara ‘over lapping’ bagi peminjam melanjutka­n pengajian seterusnya dengan pinjaman PTPTN,” katanya.

Beliau turut memohon agar isu pendidikan seperti ini tidak dipolitikk­an oleh pihak tertentu untuk kepentinga­n mereka.

Sebaliknya, jika timbul isu berkaitan pendidikan, gunakan saluran yang betul untuk menyampaik­an pandangan di samping prinsip tabayyun dilaksanak­an agar tidak membuat fitnah dan andaian yang mencemarka­n nama baik pihak lain.

Timbalan Pengerusi Biro Media Sosial Pemuda UMNO Malaysia, Jefrizal Jaafar pula berkata, peminjam harus mempunyai disiplin dan tanggungja­wab membayar balik pinjaman.

“Ini kerana PTPTN bukan institusi berorienta­sikan keuntungan sebaliknya bergantung kepada putaran wang bayaran balik oleh peminjam untuk membiayai pengajian pelajar di kolej atau universiti.

“Selain itu, tindakan peminjam tidak membayar balik bagai memperjudi­kan nasib generasi masa depan yang mungkin terdiri daripada adik mereka daripada meneruskan pelajaran ke menara gading dengan pinjaman PTPTN,” katanya.

Sementara itu, beliau melihat kempen #BolehBinca­ng oleh PTPTN satu inisiatif yang baik bagi peminjam tampil untuk berbincang dan berunding sekiranya mempunyai sebarang keraguan. Kempen itu sentiasa memberi ruang untuk membantu menyelesai­kan masalah peminjam.

“Malah, menerusi platform ini segala permasalah­an dapat diselesaik­an melalui perbincang­an daripada menularkan sesuatu isu di laman sosial hingga menimbulka­n pandangan negatif terhadap PTPTN,” katanya.

 ??  ?? LOKASI mayat pasangan kekasih ditemui
di Taman Bukit Ria, Cheras.
PEMINJAM membuat pembayaran di Pejabat PTPTN.
LOKASI mayat pasangan kekasih ditemui di Taman Bukit Ria, Cheras. PEMINJAM membuat pembayaran di Pejabat PTPTN.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia