Harian Metro

CEO ZPP tak mengaku terima jam tangan mahal

-

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Pulau Pinang (ZPP) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, semalam bagi menghadapi pertuduhan menerima barang berharga tanpa balasan.

Bagaimanap­un, tertuduh, Datuk Azman Abdul Samat, 50, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di depan Hakim Norsalha Hamzah.

Mengikut pertuduhan, Azman didakwa menerima jam tangan jenama Cerutti bernilai RM1,280 daripada Zaiyusri Ibrahim iaitu pemilik Syarikat Safa Murni Enterprise yang mempunyai hubungan kerja rasmi dengannya di Pusat Latihan Zakat (PULAZA) dalam Daerah Barat Daya, pada Februari lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 165, Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri, manakala Azman diwakili peguam Mohamed Reza Rahim dan N Rajivan.

Terdahulu, Ahmad Ghazali memohon mahkamah membenarka­n jaminan maksimum RM5,000 kepada tertuduh berikutan Azman adalah penjawat awam Gred 1.

Namun, Mohamed Reza dan N Rajivan yang mewakili tertuduh merayu wang jaminan dikurangka­n kepada RM2,000.

Norsalha kemudian membenarka­n Azman dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 22 Ogos depan bagi sebutan semula kes.

 ??  ?? AZMAN
AZMAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia