Harian Metro

TERJUN KERETA PENCULIK

- Mohd Sabran Md Sani dan Ahmad Othman am@hmetro.com.my

Cubaan larikan remaja perempuan gagal, penjenayah dibelasah penduduk

“Tidak sampai 300 meter mengekori, kenderaan dipandu penjenayah itu terbabas lalu memasuki kebun getah di sebelah kanan,” kata Jefri Sukmar, 45, antara saksi kejadian cubaan culik remaja perempuan berusia 15 tahun di Bukit Samsu, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.45 malam, tindakan berani remaja perempuan berkenaan membuka pintu kereta yang sedang bergerak berjaya menyelamat­kan dirinya daripada diculik lelaki berusia 34 tahun itu dalam kejadian di simpang tiga berdekatan sebuah kedai runcit.

Kejadian berlaku ketika mangsa bersama beberapa rakan berada di hadapan kedai sebelum ditarik suspek yang menaiki kereta Perodua Myvi.

Penjenayah kemudian memecut laju untuk melarikan mangsa sebelum gadis itu meloloskan diri melalui pintu yang tidak berkunci mengakibat­kannya cedera di tangan, kaki dan badan akibat terjatuh di atas jalan.

Tidak lama kemudian, kenderaan dipandu penjenayah terbabas sebelum ditahan orang awam dan diserahkan kepada polis.

Menceritak­an semula kejadian berkenaan, Jefri berkata, jeritan mangsa menggempar­kan penduduk kampung di lokasi kejadian sebelum bertindak pantas dengan meluru ke arah kenderaan itu.

“Kejadian berlaku apabila gadis itu terlepas lalu menjerit dan pada masa sama penjenayah melarikan diri dengan memecut laju kereta Perodua Myvi untuk keluar dari kawasan kampung menuju ke Jalan Kota Tinggi-Mersing berjarak satu kilometer.

“Ketika itu, saya bersama dua lagi pemuda menggunaka­n motosikal mengejar kereta terbabit untuk mencatat nombor pendaftara­nnya,” katanya.

Katanya, dia melihat kereta itu terbabas sebelum seorang lelaki keluar sambil menunjukka­n objek seperti

parang menyebabka­n kami bertiga berundur kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini.

Peniaga kedai runcit Ahali Wahab, 56, berkata dalam kejadian itu, penduduk dikenali sebagai Arshad meletakkan kereta Proton Persona di hadapan kedainya untuk membeli minyak, manakala anak lelakinya berusia 12 tahun menunggu di dalam kenderaan.

Menurutnya, penjenayah itu berlari ke arah kereta milik Arshad dan cuba melarikann­ya.

“Anak lelaki Arshad yang menyedari orang tidak dikenali cuba merampas kereta bapanya terus keluar.

 ??  ?? LELAKI yang dipercayai terbabit dalam kes cubaan menculik remaja perempuan 15 tahun di Bukit Samsu, Kota Tinggi ditahan, semalam.
LELAKI yang dipercayai terbabit dalam kes cubaan menculik remaja perempuan 15 tahun di Bukit Samsu, Kota Tinggi ditahan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia