Harian Metro

‘Saya cam lelaki itu’

-

Kota Tinggi: Lelaki yang ditahan kerana cubaan menculik remaja perempuan berusia 15 tahun di Kampung Bukit Samsu, di sini, didakwa individu yang pernah melakukan jenayah sama terhadap mangsa lain dalam kejadian di Pandan Johor Bahru pada Ramadan lalu.

Mangsa Abd Faizal Abd Ghafur, 27, berkata, dia mengecam individu terbabit, malah lelaki itu penjenayah yang menculik, merompak dan memukulnya dalam kejadian berkenaan.

Abd Faizal berkata, kejadian berlaku ketika dia menghantar isterinya untuk mendapatka­n rawatan dialisis di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

“Disebabkan rawatan dialisis itu mengambil masa empat jam, saya pergi ke kedai emas di Jalan Wong Ah Fook pada jam 1.40 tengah hari dengan niat membeli rantai emas bernilai RM680 untuk anak perempuan,” katanya.

Menurutnya, mereka merampas rantai emas dan resit pembelian, selain mengambil tiga telefon bimbit serta kad bank miliknya dan isteri.

Penduduk yang berada di situ terus menarik keluar lelaki itu dari tempat duduk pemandu dan berlaku pergelutan sebelum memberkasn­ya.

“Lelaki itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Superinten­dan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahka­n kejadian, siasatan awal mendapati suspek terbabit mempunyai dua rekod jenayah berkaitan dadah.

 ??  ?? KENDERAAN y an g digunakan suspek t er babas .
KENDERAAN y an g digunakan suspek t er babas .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia