Harian Metro

MI BERACUN

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

 Pelajar ditahan campur racun lipas dalam makanan rakan

Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di daerah ini sanggup mencampurk­an mi goreng dibawanya ke sekolah dengan racun lipas sebelum diberikan kepada rakan, kelmarin.

Pelajar berusia 13 tahun itu menawarkan bekalan makanan terbabit kepada rakan sekelasnya jam 9.30 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, mangsa yang juga berusia 13 tahun tidak menyedari mi goreng itu sudah dicampur dengan racun lipas sebelum memakannya.

“Beberapa minit kemudian, mangsa tiba-tiba mual sebelum muntah menyebabka­n suspek ketakutan.

“Suspek yang panik menyerahka­n racun lipas itu kepada rakan sekelasnya yang lain kerana bimbang tindakanny­a diketahui namun perkara itu dimaklumka­n kepada guru.

“Pengurusan sekolah ke- mudiannya membawa mangsa ke Hospital Sri Aman untuk rawatan dan memaklumka­n kejadian kepada bapa mangsa,” katanya kepada Harian Metro.

Dev berkata, hasil maklumat yang diperoleh daripada rawatan mengesahka­n mangsa muntah kerana termakan racun lipas yang dicampur dalam mi goreng itu.

“Bapa mangsa yang berusia 49 tahun kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman.

“Susulan itu, anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman menahan suspek di rumahnya di Taman Sri Jaya di Sri Aman untuk siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana mendatangk­an cedera menggunaka­n racun. Sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda,” katanya.

Sementara itu, Dev berkata, datuk kepada suspek turut membuat laporan di Balai Polis Sri Aman jam 5 petang semalam, menyatakan cucunya adalah mangsa buli mangsa.

“Berdasarka­n laporan polis dibuat, datuk suspek mendakwa mangsa sering meminta wang selain memaksa cucunya itu menyediaka­n makanan untuk mangsa setiap hari,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? RACUN lipas yang diserahkan pelajar terbabit kepada pihak sekolah.
RACUN lipas yang diserahkan pelajar terbabit kepada pihak sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia