Harian Metro

JERITAN KASIH

- Nurul Hidayah Bahaudin dan Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

Kakak, adik warga emas maut dalam kebakaran, cucu terselamat

Petaling Jaya

Jeritan seorang nenek hanya mampu menyelamat­kan nyawa cucunya sedangkan dia dan adik lelakinya terkorban dalam kebakaran rumah dua tingkat di Jalan SS2/4, di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3 pagi itu, Rohani Abdul Manan, 89, dan adik lelakinya yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam, Ahmad Lokman, 73, maut dipercayai akibat terhidu asap tebal, manakala cucu Rohani, Zain Ariff Zulkifri, 25, berjaya menyelamat­kan diri dengan terjun dari balkoni rumah.

Mayat Rohani ditemui dalam bilik di tingkat atas manakala mayat Lokman ditemui di pintu tandas di tingkat bawah.

Rohani yang sudah uzur dan hanya mampu bergerak menggunaka­n kerusi roda dipercayai sempat menjerit mengejutka­n Zain yang sedang tidur di dalam bilik untuk menyelamat­kan diri sebaik menyedari rumah terbakar.

Cucu Rohani, Nurul Jameela Nor Mazlan, 30, berkata Zain yang juga sepupunya memaklumka­n terdengar jeritan neneknya dari arah tangga selepas terjaga dari tidur.

“Saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaan nenek yang uzur cuba menaiki tangga demi mengejutka­n Zain untuk menyelamat­kan diri,” katanya ketika ditemui selepas solat jenazah di Masjid Aminah Al-Muhairi di Jalan SS 2/4, di sini, semalam.

Katanya, Zain yang terjaga kemudian membuka pintu bilik sebelum terkejut melihat asap tebal lalu terus bertindak keluar di balkoni tingkat satu.

Nurul Jameela berkata, keadaan neneknya yang uzur dan hanya mampu bergerak dengan kerusi roda mungkin mengakibat­kan dia tidak sempat menyelamat­kan diri.

“Kaki nenek tidak begitu kuat dan nenek juga pernah menghidap kanser tiroid, namun keadaannya sudah semakin pulih.

“Tok Su (Ahmad Lokman) pula sentiasa menemani nenek dan tidak sangka akan menemani sehingga ke akhir hayatnya.

Beliau berkata, Zain pula mengalami melecur di kedua-dua belah tangan.

“Sepupu saya itu masih trauma dan tidak mahu ditemubual mengenai kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, anak lelaki Rohani, Nor Mazlin Raja Mohamed, 48, berkata, dia terkejut sebaik dimaklumka­n oleh ahli keluarga mengenai kejadian yang menimpa ibu dan pak ciknya.

“Saya amat sedih apabila pihak bomba memberitah­u arwah ibu ditemui di dalam bilik di tingkat atas, manakala Pak Su (Ahmad Lokman) ditemui di depan bilik air di bahagian dapur tingkat bawah kediaman itu,” katanya

Katanya, kali terakhir dia berjumpa kedua-dua mereka ketika menziarahi kediaman itu pada Aidilfitri, baru-baru ini.

“Pak Su (Ahmad

Lokman) yang masih bujang sangat rapat dengan ibu dan sentiasa keluar bersama termasuk pergi ke masjid berhampira­n untuk menunaikan solat secara berjemaah,” katanya.

Nor Mazlin berkata, ibunya adalah pesara guru dan turut mengajar jemaah masjid mengaji al-Quran.

“Malam sebelum kejadian juga ibu turut mengajar jemaah masjid mengaji dan kebanyakan penduduk di sini mengenali ibu dan pak cik saya,” katanya.

Dia berkata, kedua-dua jenazah selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong pada jam 3.20 petang, semalam selepas solat jenazah disempurna­kan di Masjid Aminah Al-Muhairi sebaik selesai solat

Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia