Harian Metro

RINDU PANGGILAN MUMMY

Kanak-kanak alami kerosakan otak selepas lemas terjatuh dalam kolam renang

- Suraya Roslan suraya@hmetro.com.my

Siapa sangka anak yang dulu keletah, suka menyanyi dan menari kini terlantar tidak bermaya selepas tragedi lemas yang hampir meragut nyawanya, dua tahun lalu.

Lebih menyedihka­n, ibu malang ini, Wan Intan Syafinaz Mior Abdullah, 31, begitu rindu dengan panggilan mummy yang sering diungkap anak sulungnya, Aina Mashitah Mohd Yunos, 6, satu masa dulu.

Namun, panggilan itu sudah tidak didengari Intan Syafinaz selepas anak perempuann­ya itu mengalami kerosakan otak akibat bekalan oksigen terputus dalam jangka masa lama selepas terjatuh dalam kolam renang di rumah mereka pada Januari 2015.

Intan Syafinaz kembali mengimbau tragedi pahit yang dianggap hari malang buat anaknya yang hilang keupayaan untuk berjalan, belajar, bercakap dan melihat.

“Saya masih ingat ketika itu, Aina baru pulang dari sekolah selepas dihantar van sebelum dijemput pembantu rumah.

“Ketika itu, adik Aina, Aaron Syahin baru menginjak usia setahun, mungkin kerana pembantu rumah begitu sibuk menjaga

Aaron, dia tidak perasan Aina terjatuh ke dalam kolam,” katanya kepada Harian Metro, di sini.

Bekas jururawat itu berkata, anaknya itu hanya disedari terapung dalam tempoh agak lama sebelum seorang penduduk terjun dan menyelamat­kannya.

“Saya dihubungi pembantu rumah memberitah­u mereka dalam perjalanan ke hospital dan diberitahu Aina lemas.

“Ketika tiba di hospital tempat saya bekerja, saya dapati Aina sudah terkulai layu dan diberitahu oleh doktor jantungnya sudah berhenti,” katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, dia tetap merayu supaya doktor menyelamat­kan anaknya itu dalam apa jua keadaan sekalipun.

“Doktor berjaya mendapatka­n kembali degupan jantung walaupun dalam keadaan perlahan dan diberitahu kemungkina­n Aina tidak akan kembali normal berikutan otaknya tidak mendapat bekalan oksigen dalam tempoh lama.

“Saya tetap berharap Aina hidup walaupun dia tidak akan sama seperti Aina sebelum ini asalkan saya dapat mendakap dan menciumnya setiap hari,” katanya.

Menurutnya, masih terbayang di fikirannya sehari sebelum tragedi itu, dia membawa Aina menonton wayang dan pergi ke salun untuk memanjakan diri.

“Masih terbayang di mata saya betapa

gembiranya Aina ketika itu, siap mengajak saya solat berjemaah bersama.

“Malah, pagi sebelum dia ke sekolah kami sempat bersembang bersama-sama dan ‘bergaduh’. Saya kemudian menghantar­nya ke sekolah sebelum jam 1 petang saya dikejutkan dengan panggilan pembantu rumah memberitah­u dia lemas,” katanya.

Katanya, tidak dapat dibayangka­n anak yang aktif bercakap, menyanyi dan menari itu kini hanya ‘kaku’ menunggu dirinya disuap, didukung dan dipegang.

“Pada mulanya susah untuk saya terima, namun saya tetap bersyukur kerana Aina masih hidup walaupun keadaannya tidak sama lagi seperti dulu.

“Saya juga sanggup berhenti kerja sebagai jururawat demi menjaga Aina yang memerlukan perhatian lebih terutama untuk mendapat rawatan di

Hospital Rehabilita­si Cheras secara intensif,” katanya.

Kata Intan Syafinaz, Aina menjadi kanak-kanak pertama di Malaysia yang melalui rawatan Intratheca­l

Baclofen (ITB) iaitu prosedur membabitka­n pam yang diimplan dalam badannya untuk memberi ubat terus ke saraf tunjang secara berkala.

“Ia terbukti mampu mengatasi masalah kekejangan otot dengan berkesan, sekali gus membantu dalam pemulihan Aina dan memudahkan penjagaan.

“Alhamdulil­lah badan, kaki dan tangan Aina tidak lagi kejang. Penjagaan dia kini sangat mudah kerana tidak memerlukan lagi tiub untuk makan,” katanya.

Menurutnya, berdasarka­n penjelasan doktor kecederaan otak menyebabka­n Aina mengalami kekejangan otot yang tidak terkawal pada seluruh tubuh.

“Ini melambatka­n proses pemulihan Aina dan menyukarka­n saya untuk menguruska­nnya setiap hari. Bagaimanap­un selepas rawatan ITB, semuanya kembali terkawal.

“Walaupun hanya suami, Mohd Yunos Ahmad, 47, yang bekerja sebagai jurutera namun ini pengorbana­n yang perlu kami tempuhi demi anak kesayangan,” katanya. Katanya, tumpuan banyak diberikan kepada Aina hingga dia terpaksa mengabaika­n anak keduanya, Aaron Syahin yang kerap kali mempersoal­kan kenapa ibunya kurang memberi layanan terhadapny­a.

“Agak sukar untuk saya fahamkan Aaron yang masih kecil, namun inilah yang saya perlu lakukan kerana Aina memerlukan perhatian khusus terutama ketika terapi dijalankan.

“Lebih sedih apabila Aaron kerap kali mengajak kakaknya bermain namun tiada tindak balas menyebabka­n dia memarahi dan memukul Aina. Agak berat tanggungja­wab yang perlu digalas namun inilah pengorbana­n saya sebagai ibu,” katanya. Katanya, dia berharap orang ramai dapat mendoakan keajaiban supaya anaknya sembuh dan kembali seperti sedia kala selain memberi ketabahan kepadanya untuk menjaga Aina.

 ??  ?? INTAN Syafinaz bersama Aina dan Aaron di rumah mereka di Taman Malcop Silibin, Ipoh. AINA sebelum kejadian lemas di kolam pada Januari 2015.
INTAN Syafinaz bersama Aina dan Aaron di rumah mereka di Taman Malcop Silibin, Ipoh. AINA sebelum kejadian lemas di kolam pada Januari 2015.
 ?? Wan Intan Syafinaz Mior Abdullah ?? Saya juga sanggup berhenti kerja sebagai jururawat demi menjaga Aina yang memerlukan perhatian lebih terutama untuk mendapat rawatan di Hospital Rehabilita­si Cheras secara intensif”
Wan Intan Syafinaz Mior Abdullah Saya juga sanggup berhenti kerja sebagai jururawat demi menjaga Aina yang memerlukan perhatian lebih terutama untuk mendapat rawatan di Hospital Rehabilita­si Cheras secara intensif”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia