Harian Metro

Tarik diri jadi saksi

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

Abang sulung dan adik ketiga mangsa kemalangan maut di Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), dua tahun lalu, Fairuz Nizam Husain menarik diri daripada menjadi saksi dalam perbicaraa­n tuntutan hak penjagaan (hadanah) dua anak perempuan arwah.

Peguam syarie Mahyuddin Md Zahari yang mewakili ibu saudara kanak-kanak itu, Yusnidah Husain, 49, selaku plaintif memaklumka­n mahkamah bahawa pihaknya menerima salinan surat akuan sumpah penarikan diri daripada Mohamad Yusni, 51, dan Hamlizar Hussin, 45.

“Saya dimaklumka­n oleh plaintif bahawa dia menerima surat akuan bersumpah daripada kedua-dua saksi yang dihantar sendiri oleh mereka,” katanya.

Pada prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah, semalam,

Hakim Syarie Muhamad Abd Karim Wahab berkata, mahkamah juga menerima surat akuan bersumpah itu dan memberi amaran sekiranya tiada saksi lain, pihak terbabit diarah memfailkan hujahan mereka.

Susulan itu, peguam syarie Yusfa Hanis Yusoff yang mewakili defendan Wirda Syamsuddin, 54, yang juga nenek kanak-kanak berkenaan berkata, pihaknya akan memanggil seorang lagi saksi lain pada tarikh perbicaraa­n akan datang.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 dan 28 September ini untuk sambung bicara.

Seorang pengarah syarikat dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, atas tiga pertuduhan menerima deposit lebih RM16 juta daripada orang awam tanpa lesen antara 2014 hingga 2015.

Tertuduh, Kok Chee Boon, 34, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah dan mohon dibicaraka­n selepas pertuduhan dibacakan.

Bagi pertuduhan pertama, Kok didakwa menerima deposit berjumlah RM15,163,200 tanpa lesen sah di sebuah premis di 12A, Jalan PJU 3/45, Sunway Damansara Technology Park, Kota Damansara, di sini, antara April hingga Disember 2014.

Dalam pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menerima deposit daripada orang awam berjumlah RM998,000 tanpa lesen sah di Hong Leong Bank, Damansara Perdana, di sini, antara Ogos hingga November 2014.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa menerima deposit berjumlah RM48,400 di UOB Cawangan Kota Damansara, Jalan PJU 5/8, Dataran Sunway, Kota Damansara antara Januari hingga November 2015.

Bagi ketiga-tiga perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 137(1) Akta Perkhidmat­an Kewangan

 Pengarah

syarikat hadapi tiga pertuduhan terima deposit

daripada orang awam

 ?? FOTO: EIZAIRI SHAMSUDIN ?? KOK dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
FOTO: EIZAIRI SHAMSUDIN KOK dibawa keluar dari mahkamah, semalam.
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada wanita warga asing yang ditahan.
SEBAHAGIAN daripada wanita warga asing yang ditahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia