Harian Metro

DUKA PENGEMIS CINTA

-

“Bukan saya tidak pernah baca atau mendengar taktik penipuan sindiket penipuan ini, malah nasihat rakan baik juga tidak diendahkan kerana terlalu percaya dengannya,” katanya.

Ana berkata, lelaki itu terlalu bijak bermain kata-kata terutamany­a ketika meminta wang kononnya untuk perniagaan yang baru diceburi.

Menurutnya, Richard mengajakny­a menjadikan dia rakan kongsi syarikat dengan mendakwa menjalanka­n perniagaan carigali minyak dan gas di Indonesia.

Katanya, Richard selalu mengingatk­annya, semua yang dilakukann­ya adalah demi masa depan mereka, malah dia membayangk­an mahu menetap di Malaysia supaya mereka dapat melanjutka­n hubungan ke arah yang lebih serius.

“Siapa yang tidak termakan pujukan sekiranya setiap hari disogokkan dengan ayat-ayat cinta sehingga menyebabka­n saya sanggup melakukan apa saja untuk lelaki yang tidak dikenali.

“Saya rasa tindakan memeriksa latar belakang pendidikan­nya, syarikat tempatnya bekerja sudah cukup bijak... tetapi mereka sebenarnya lebih ligat menipu dengan cara pujukan yang benar-benar berkesan,” katanya.

Bagaimanap­un, katanya, nasi sudah menjadi bubur dan apa yang boleh dilakukan ialah mengingatk­an orang lain supaya tidak menjadi mangsa African Scam sepertinya.

Anggota sindiket penipuan ayat cinta atau ‘African Scam’ itu lazimnya menggu-

Wanita rugi hampir RM1 juta cair ditipu

sindiket ‘ayat cinta’ lelaki Afrika

nakan identiti lelaki atau wanita kulit putih yang mempunyai latar belakang profesiona­l untuk menipu mangsa.

“Saya sudah membuat laporan polis namun peluang untuk mendapatka­n kembali wang RM1 juta diberikan kepada penjenayah agak mustahil,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia