Harian Metro

Wanita Melayu mudah layu

-

Kuala Lumpur: Sunyi tanpa cinta antara faktor utama empat golongan wanita membabitka­n wanita warga emas, ibu tunggal, janda dan anak dara lanjut usia terus menjadi mangsa penipuan sindiket cinta Afrika.

Statistik terbaru dikeluarka­n Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mendapati wanita Melayu menduduki carta teratas mangsa penipuan terancang itu. Berdasarka­n angka kes dikumpul, sebanyak 421 wanita Melayu mewakili 45 peratus jumlah keseluruha­n mangsa direkodkan dalam tempoh Januari hingga 30 Jun lalu.

Ini diikuti mangsa wanita berbangsa Cina seramai 330 orang ( 35 peratus) dan mangsa wanita India seramai 103 individu ( 11 peratus).

Dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, seramai 943 wanita menjadi mangsa ‘African Scam’ berbanding hanya 247 mangsa lelaki.

Ini sekali gus membuktika­n kaum wanita kekal menjadi sasaran berikutan mudah layu dengan pujuk rayu kekasih alam maya tidak dikenali.

Berdasarka­n statistik, wanita Melayu berusia 41 hingga 50 tahun paling ramai menjadi mangsa sindiket membabitka­n golongan ibu tunggal, janda dan anak dara lanjut usia.

Wanita berusia 51 tahun ke atas turut mencatatka­n jumlah yang tinggi iaitu 92 mangsa.

Timbalan Pengarah JSJK (Jenayah Siber dan Multimedia) Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Ahmad Nordin Ismail berkata, 1,190 laporan membabitka­n kerugian RM47.2 juta diterima JSJK berkaitan penipuan ‘African Scam’ bagi enam bulan pertama tahun ini.

Menurutnya, jenayah ini yang turut dikenali ‘love scam’ dan ‘parcel scam’ menjadi antara jenayah komersial yang mencatatka­n jumlah kes tertinggi iaitu 2,531 kes pada tahun lalu membabitka­n kerugian RM101 juta.

“Pada 2015, hanya 1,841 kes dilaporkan dengan nilai kerugian RM6.3 juta. Namun, ia semakin membimbang­kan apabila dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sudah mencatatka­n kerugian RM47.2 juta.

“Nilai kerugian tinggi itu menjadikan jenayah berkenaan tumpuan kami untuk dibanteras kerana sindiket itu menggunaka­n pelbagai helah menjerat mangsa,” katanya.

Ahmad Nordin berkata, modus operandi masih sama iaitu sindiket menggunaka­n media sosial terutama Facebook untuk memperdaya mangsa dengan ayat cinta dan meluahkan masalah yang memerlukan bantuan kewangan seperti masalah syarikat, pewarisan harta serta paling kerap ialah alasan bungkusan hadiah ditahan pihak berkuasa.

“Bukan sahaja golongan janda dan anak dara lanjut usia terus diperdaya oleh sindiket cinta Afrika, malah golongan wanita profesiona­l turut menjadi mangsa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia