Harian Metro

Dua pemandu cedera CEMAS AIR MASUK

- Zatul Iffah Zolkiply zatuliffah@hmetro.com.my

Baling: Dua pemandu kereta cedera selepas kenderaan dipandu mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Butterwort­h-Kulim (BKE)-Gerik berdekatan Rehat dan Rawat Tawar (R&R) semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, pemandu kereta Perodua Viva, Muhamad Alamin Abd Rahim, 18, dari Kampung Banggol Wan Mat B, tersepit kaki dan cedera di kepala.

Manakala, pemandu kereta Perodua Myvi, Sharizat Shafie, 30-an, dari Kampung Baru, Merbau Pulas cedera di kepala dan tangan sebelum mereka dikejarkan ke Hospital Baling (HB).

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Samsari Ibrahim, berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.50 pagi dan bergegas bersama enam anggota ke lokasi serta tiba 12 minit kemudian.

Beliau berkata, sampai di tempat kejadian pemandu Perodua Viva tersepit kaki dan anggota bomba menggunaka­n alatan Haidfolic untuk memotong besi dan mengambil masa 15 minit menyelamat­kan mangsa.

“Bomba mengambil masa 15 minit mengeluark­an mangsa tersepit dan menyerahka­n kepada ambulans HB untuk rawatan awal,” katanya.

Samsari berkata, kereta yang dipandu Muhamad Alamin dari arah Kulim ke Baling manakala Sharizat yang memandu kereta Perodua Myvi dari Baling ke Kulim sebelum terbabit dalam kemalangan di Tawar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superinten­dan Shariffudd­in Yusof mengesahka­n kejadian itu dan akan menjalanka­n siasatan.

“Saya tidak henti-henti menimba air yang masuk ke dalam bot sementara menunggu bot berhampira­n datang membantu,” kata Mohd Zulkefli Kassim, 50, yang kerugian RM60,000 selepas bot miliknya bocor sebelum tenggelam ketika mencandat sotong di perairan Pulau Kapas, kelmarin.

Kejadian dipercayai berlaku jam 7.40 malam ketika Mohd Zulkefli bersama seorang pekerjanya bersama enam lagi lelaki sedang mencandat sotong tiga batu nautika dari Pulau Kapas sebelum keadaan bertukar cemas apabila bahagian berhampira­n enjin bot bocor dan dimasuki air.

Menurut Mohd Zulkefli, dia bersama kumpulan berkenaan keluar mencandat sotong jam 6 petang dan tiba di lokasi mencandat satu jam kemudian sebelum memulakan aktiviti mencandat sotong.

Katanya, kejadian itu hanya disedariny­a sebaik dia selesai menunaikan solat Maghrib apabila pemeriksaa­n mendapati bahagian

 Lampu suluh selamat lapan dalam kejadian bot candat sotong bocor di tengah laut

enjin sudah dimasuki air.

“Keadaan agak cemas ketika itu dan saya mendapatka­n bantuan dengan memberi isyarat kepada sebuah bot yang berada berhampira­n menggunaka­n lampu suluh.

“Ketika itu, keadaan laut bergelora ditambah dengan angin yang agak kuat. Malah, dalam tempoh itu, saya tidak henti-henti menimba air yang masuk sebelum bot itu akhirnya tiba 20 minit kemudian.

“Saya kemudian mengarahka­n semua yang ada berpindah ke bot berkenaan sebelum kami dibawa ke Pulau Kapas manakala bot milik saya tenggelam.

“Mujurlah, kebocoran itu disedari cepat selain ada bot lain yang berhampira­n dengan kami. Tidak dapat saya bayangkan jika tiada bantuan yang sampai,” katanya yang sudah lebih 20 tahun menjadi nelayan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Terengganu Zawawi Ali berkata, pihaknya masih menjalanka­n siasatan berhubung kejadian itu.

Katanya, mana-mana nelayan yang mahu membawa penumpang termasuk untuk aktiviti mencandat perlu mendapatka­n surat kebenaran daripada Jabatan Laut terlebih dahulu.

“Sebelum Jabatan Laut mengeluark­an surat kebenaran itu, nelayan perlu memastikan bot mereka selamat dinaiki dan memenuhi syarat ditetapkan termasuk mempunyai jaket keselamata­n.

“Bagi penumpang pula, mereka dinasihatk­an memilih bot yang mendapat surat kebenaran daripada Jabatan Laut bagi mengelak kejadian tidak diingini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

 ??  ?? KEADAAN bot yang bocor dan tenggelam di perairan Pulau Kapas.
KEADAAN bot yang bocor dan tenggelam di perairan Pulau Kapas.
 ??  ?? MOHD Zulkefli rugi RM60,000 selepas bot miliknya bocor sebelum tenggelam ketika mencandat sotong di perairan Pulau Kapas, kelmarin.
MOHD Zulkefli rugi RM60,000 selepas bot miliknya bocor sebelum tenggelam ketika mencandat sotong di perairan Pulau Kapas, kelmarin.
 ??  ?? KEADAAN kereta Perodua Viva dan Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya BKE berhampira­n R&R Tawar.
KEADAAN kereta Perodua Viva dan Perodua Myvi yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya BKE berhampira­n R&R Tawar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia