Harian Metro

Sentiasa berdoa

-

semalam.

Mohd Zawawi berkata, selain hotel penginapan, pihaknya juga menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an lain untuk kemudahan jemaah.

Menurutnya, semua perkhidmat­an disediakan dibahagika­n mengikut zon dengan tahun ini, tiga zon perkhidmat­an disediakan berbanding dua pada 2016.

Katanya, antara perkhidmat­an dan kemudahan disediakan ialah kaunter kebajikan, pergerakan jemaah, maklumat berkaitan ibadat, pengeluara­n wang, penghantar­an

Madinah: Jangan panik dan sentiasa berdoa kepada Allah semoga segala urusan perjalanan ibadat dipermudah­kan.

Itu nasihat Pengarah Operasi Haji Madinah 1438H Mohd Zawawi Bostam kepada jemaah haji Malaysia yang akan tiba di Kota Suci ini secara berperingk­at mulai Isnin.

Menurutnya, jemaah perlu sentiasa menanamkan dalam diri masing-masing kedatangan mereka ke Tanah Suci adalah perjalanan ibadat untuk menunaikan Rukun Islam kelima.

“Dalam hal ini, nasihat saya kepada jemaah supaya bertenang dan sentiasa berdoa kepada Allah selain sentiasa mengikut arahan petugas.

“Jemaah perlu ingat mereka datang ke sini (Tanah Suci) untuk beribadat, maka kita perlu sentiasa bersangka baik,” katanya. bagasi ke tanah air, klinik, kaunseling serta kemudahan telefon i-talk untuk menghubung­i waris di tanah air yang dikendalik­an Telekom Malaysia Berhad (TM).

Beliau berkata, secara keseluruha­n 215 kakitangan bertugas menguruska­n jemaah di Madinah daripada keseluruha­n 600 petugas pada musim haji tahun ini.

“Ini antara cabaran yang kita hadapi untuk menguruska­n bilangan jemaah yang akan berada di Madinah sebelum mereka berangkat ke Makkah, ” katanya.

 ??  ?? PEMANDANGA­N sekitar Bukit Uhud, lokasi berlakunya Perang Uhud yang dirakam dari puncak Bukit Pemanah.
PEMANDANGA­N sekitar Bukit Uhud, lokasi berlakunya Perang Uhud yang dirakam dari puncak Bukit Pemanah.
 ??  ?? MOHD Zawawi
MOHD Zawawi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia