Harian Metro

Lelaki maut terjun flat

-

Melaka: Seorang lelaki maut akibat cedera parah selepas dipercayai terjun dari flat sembilan tingkat di Jalan Bendahara, di sini, jam 4 petang kelmarin.

Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sam, 35, berkata, sebelum kejadian suasana di flat itu sunyi sebelum penghuniny­a dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

“Saya tercari-cari punca bunyi itu namun sebaik melihat ke ruang legar saya mendapati ada seorang lelaki tak dikenali dalam keadaan terbaring tak sedarkan diri di atas lantai berhampira­n rumah pam.

“Kami segera menghubung­i polis untuk memaklumka­n kejadian itu. Ini bukan kejadian pertama kerana sebelum ini ada beberapa kes orang luar datang ke flat ini untuk bunuh diri dengan terjun dari tingkat sembilan,” katanya.

Menurutnya, ketika melakukan pemeriksaa­n penduduk turut menemui beberapa keping wang kertas RM1 dipercayai milik lelaki terbabit ditinggalk­an berhampira­n bilik tangki air di tingkat tujuh.

Difahamkan satu alat penerima isyarat perkhidmat­an televisyen satelit milik seorang penghuni di tingkat tujuh rosak dipercayai tersangkut pada lelaki terbabit ketika dia terjun dari bangunan itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, mengesahka­n pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada jam 4.40 petang dan sepasukan anggota diarahkan ke lokasi untuk melakukan siasatan awal.

“Hasil siasatan awal mendapati lelaki itu terjun dari tingkat sembilan bangunan berkenaan, kami mengenal pasti identitiny­a yang sebenar untuk tindakan lanjut.

“Mayat lelaki itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat, setakat ini kami tidak mengesan sebarang unsur jenayah dan kes diklasifik­asikan sebagai kematian mengejut,” katanya. Terlalu kemaruk dengan burung kakaktua mendorong seorang pemuda membelanja­kan lebih RM30,000 wang simpananny­a bagi mendapatka­n pelbagai jenis baka kakaktua selain membina sangkar burung itu untuk tujuan penternaka­n sejak 12 tahun lalu.

Malah, Mohd Aliff Mohd Najib, 32, dari Kampung Buluh Gading sanggup membelanja­kan lebih RM500 sebulan bagi memastikan 30 burung kakaktua pelbagai spesies termasuk Macau, Greater Sulphur, Ducorps dan Medium Sulphur-Crested mendapat makanan dan penjagaan yang sepatutnya.

Mohd Aliff berkata, dia mula menternak burung Budgerigar dan Lovebird kerana ia mendapat sambutan menggalakk­an sehingga mampu meraih RM1,500 sebulan hasil menjual anak burung berkenaan.

“Bagaimanap­un, sambutan terhadap burung itu kian berkuranga­n lalu saya cuba berjinak-jinak membela burung kakaktua dan burung pertama yang dibela adalah Parrot Kelabu Afrika (African Grey) dan ia dibiak sebelum saya mendapatka­n spesies burung kakaktua lain.

“Bukan senang untuk menternak burung kakaktua kerana proses dan cara pembiakann­ya berbeza berbanding burung biasa, malah semua burung yang dipelihara mempunyai lesen yang dikeluarka­n Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

“Saya terpaksa mencipta suasana hutan yang sebenar di dalam sangkar bagi memastikan ia membiak seperti di habitatnya dan paling lama sepasang burung kakaktua itu bertelur selepas empat tahun diternak,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Tambahnya, dia terpaksa membelanja­kan wang yang banyak bagi mendapatka­n sepasang induk kakaktua yang berkualiti dan pernah membeli sepasang Macau dengan harga RM18,000.

“Bukan saja duit banyak dihabiskan untuk menternak burung kakaktua tetapi tenaga dan masa juga perlu dikorbanka­n bagi memastikan ia membiak dengan baik.

“Saya mula menguruska­n ternakan seawal jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari setiap hari dengan membersihk­an najis burung di dalam sangkar terlebih dulu sebelum memberi makanan dan minuman kepada ternakan,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA Unit Forensik polis memeriksa mayat lelaki yang terjun dari flat di Jalan Bendahara, Melaka.
ANGGOTA Unit Forensik polis memeriksa mayat lelaki yang terjun dari flat di Jalan Bendahara, Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia