Harian Metro

AJAL TERTINGGAL KUNCI

- Am@hmetro.com.my

Gara-gara tertinggal kunci di dalam rumah, seorang penolong pegawai perubatan Penjara Simpang Renggam, di sini, menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat tiga ketika cuba masuk melalui pintu belakang kediamanny­a di Blok Seraya di kawasan penjara berkenaan, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 3.45 petang menyebabka­n Muhamad Fahmi Abd Ghani, 25, parah di kepala dan meninggal dunia di lokasi.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Muhamad Laham berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Klinik Kesihatan Simpang Renggam sebelum mayat dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat.

Katanya, saksi kejadian memberitah­u mangsa memanjat belebas batu di tepi tingkap untuk masuk melalui pintu belakang, namun hilang imbangan dan terjatuh sehingga parah di kepala.

“Beberapa jiran yang menyaksika­n kejadian itu bergegas membantu menyelamat­kan mangsa dan menghubung­i pasukan perubatan,” katanya sambil menambah, mangsa tinggal seorang diri dan masih bujang.

“Jenazah dituntut oleh keluargany­a berasal dari Muar sebaik proses bedah siasat selesai untuk urusan

 Penolong pegawai perubatan maut selepas hilang imbangan panjat belebas

pengebumia­n di kampung halamannya, lewat petang semalam (kelmarin),” katanya.

Katanya, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut, namun siasatan lanjut dijalankan.

 ??  ?? LOKASI Muhamad Fahmi (gambar kecil) terjatuh setelah hilang imbangan ketika cuba memasuki rumahnya di tingkat tiga, Blok Seraya, Penjara Simpang Renggam.
LOKASI Muhamad Fahmi (gambar kecil) terjatuh setelah hilang imbangan ketika cuba memasuki rumahnya di tingkat tiga, Blok Seraya, Penjara Simpang Renggam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia