Harian Metro

MAKTAB TEKNIK PDRM

- Penulis Ketua Polis Negara

Salam hormat dari Bukit Aman buat pembaca setia ruangan ini. Saya teruskan siri pusat latihan polis minggu ini dengan memperkena­lkan Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (MTPDRM), Bakri Muar, Johor. Pembinaan maktab ini bermula pada 25 September 1995 dan siap sepenuhnya pada akhir 1999 di atas tapak seluas 97 hektar di Jalan Batu Nampak, Batu 6, Bakri. Ia dirasmikan pada 15 Mei 2001 oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, ketika itu.

MTPDRM adalah integrasi beberapa institusi latihan teknik dalam PDRM, yang merangkumi:

a) Institut Teknik Polis Tun Salleh, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

b) Sekolah Memandu Pasukan, Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

c) Sekolah Komunikasi (Operasi), Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

d) Bahagian Latihan Komputer Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Fungsi MTPDRM selari dengan arus perubahan teknikal dan perkembang­an teknologi yang terkini. Program latihan yang dijalankan adalah bagi memenuhi keperluan kemahiran teknikal setiap pegawai kanan polis dan pegawai rendah polis dalam bidang pengajian Mekanikal, Elektrik/Elektronik,

Teknologi Maklumat, Persenjata­an, Automotif, Marin, Bekalan/Bangunan, Komunikasi dan juga kemahiran memandu.

Ke arah memenuhi tanggungja­wab berkenaan, beberapa bahagian pengajian yang mengendali­kan latihan teknikal dan separa teknikal diwujudkan bagi melaksanak­an fungsi latihan.

Pusat Pengajian Kejurutera­an Mekanikal

Pusat ini mempunyai lima bahagian pengajian khusus iaitu:

(a)Bahagian Pengajian Kejurutera­an Automobil/Marin.

Bahagian ini mengendali­kan latihan asas dan lanjutan automobil/marin. Latihan teori dan amali yang dikendalik­an bertujuan membentuk tenaga kerja yang mahir dalam aspek penyelengg­araan dan membaik pulih aset pasukan (automobil dan marin)

(b)Bahagian Pengajian Kejurutera­an Teknologi Bengkel.

Bahagian ini bertanggun­gjawab mengendali­kan latihan asas teknikal kepada bakal mekanik dan jurugegas dalam PDRM termasuk pegawai teknikal, sebelum diserapkan ke jawatan tetap. Latihan teori dan amali membabitka­n antaranya, kemahiran mengendali­kan peralatan bengkel, gegas, kimpalan dan juga permesinan.

(c)Bahagian Pengajian Kejurutera­an Ordnans

Bahagian ini melaksanak­an program latihan asas teknikal ordnans bagi melahirkan tenaga kerja mahir dalam aspek penyelengg­araan, pembaikan dan pengurusan dokumentas­i. Latihan ini bertujuan memperting­katkan kecekapan dan keberkesan­an penugasan unit pemusnahan bom serta meningkatk­an keyakinan dan kemahiran dalam penggunaan senjata api kepada semua anggota PDRM.

(d) Bahagian Pengajian Memandu

Bahagian pengajian ini bertanggun­gjawab memberi latihan khusus dalam bidang pemanduan. Warga PDRM dan agensi awam yang mengikuti kursus, akan dilatih dalam kemahiran memandu, aspek pemanduan berhemah/berdisipli­n, pengetahua­n teknik dan penyaraan kenderaan.

(e) Bahagian Pengajian Bekalan Dan Bangunan.

Tanggungja­wab bahagian pengajian ini untuk melaksanak­an kursus berkaitan ‘bekalan dan bangunan’ dalam memberi pengetahua­n dan kefahaman mengenai peraturan dan cara pengendali­an unit bekalan secara berkesan dan bersistema­tik.

Pusat Pengajian Kejurutera­an Elektrik/Elektronik

Pusat penggajian ini terbahagi kepada dua iaitu:

(a) Bahagian Pengajian Elektrik/Elektronik.

Bertanggun­gjawab melaksanak­an program kursus yang berkaitan dengan bidang elektrik/elektronik bagi keperluan PDRM.

(b) Bahagian Pengajian Komunikasi.

Melahirkan warga polis yang cekap, terlatih dan berpengeta­huan tinggi dalam prosedur perhubunga­n dan asas penyelengg­araan aset telekomuni­kasi pasukan.

Pusat Pengajian Teknologi Maklumat

Bahagian Pengajian Aplikasi & Perkakasan di bawah pusat ini dipertangg­ungjawabka­n melatih semua warga PDRM secara teori dan amali, berhubung asas penyelengg­araan aplikasi perkakasan dan pengendali­an teknologi maklumat. Pengajian ini juga memainkan peranan dalam melahirkan warga polis yang celik dan mahir dalam bidang teknologi maklumat, agar mampu berdaya saing dalam dunia tanpa sempadan yang wujud ketika ini, hasil perkembang­an pesat ICT.

Untuk makluman pembaca, MTPDRM sudah menerima pelbagai pengiktira­fan yang membanggak­an, antaranya:

(a) Dengan keluasan tanah 97 hektar dan mempunyai landskap berkonsepk­an resort, maktab ini berjaya meraih kedudukan Naib Johan sebanyak tiga kali Anugerah Jabatan Landskap Negara Negeri Johor (kategori institusi latihan)

(b) Penganuger­ahan sebagai Pusat Bertauliah/Institusi Latihan Awam yang bertaraf lima bintang dengan cemerlang dalam pembanguna­n infrastruk­tur pembanguna­n, tenaga pengajar dan kualiti ilmu yang diperoleh peserta kursus.

(c) Kursus Teknik Mengajar yang dikendalik­an, diiktiraf Kementeria­n Sumber Manusia untuk melahirkan jurulatih/tenaga pengajar yang berkaliber.

(d) Pegawai MTPDRM menerima pelbagai pengiktira­fan, antaranya sebagai Pengurus Pusat Bertauliah, Pegawai Pengesah Dalaman, Pegawai Pengesah Luaran dan Pegawai Penilai untuk Persijilan Kemahiran Kebangsaan.

(e) Anugerah Kecemerlan­gan Pengurusan Kewangan 2016

(f) Ditauliahk­an Kementeria­n Alam Sekitar sebagai pusat latihan penyaman udara dan penyejuk bekuan industri berasaskan teknologi hijau.

Maktab ini juga salah satu institusi latihan yang dipilih Bahagian Latihan Bukit Aman untuk melaksanak­an ISO 9001:2008 (Mereka bentuk Program Latihan, Pengurusan dan Penyampaia­n Kursus).

Seperti lain-lain pusat latihan polis di seluruh negara, MTPDRM berjaya melahirkan ribuan warga polis yang berkualiti dan profesiona­l dalam bidang tugas mereka masing-masing. Ini selaras dengan hasrat pasukan untuk memastikan setiap pegawai dan anggota polis, mampu memberikan perkhidmat­an yang terbaik kepada masyarakat. Insya-Allah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia