Harian Metro

USAH BERTANGGUH

- Penulis pendakwah dan penulis buku

 Tetapkan tujuan untuk mencapai matlamat diinginkan

Apakah tujuan yang paling hampir dengan anda saat ini? Adakah tujuan dekat itu bakal menyumbang kepada tercapainy­a tujuan terjauh hidup anda?

Tulislah tujuan dekat itu ‘sekarang.’ “Sekarang juga saya baca al-Quran!”, “Sekarang juga saya beriadah”, “Sekarang juga saya baca sebuah buku motivasi.”

Ini salah satu rahsia untuk menggapai tujuan dengan menggunaka­n kemampuan otak yang kita miliki.

Ketika kita mengungkap­kan tujuan tertentu, usah menggunaka­n kata ‘akan’ kerana ia satu bentuk penangguha­n menyebabka­n sesuatu tujuan akan tertunda.

Boleh saja jika tidak mahu menulis perkataan ‘sekarang,’ namun elakkan perkataan ‘akan.’ Contohnya, “Saya akan bersahabat baik dengan al-Quran,” tetapi gunakan “Saya bersahabat baik dengan al-Quran alKarim.”

Contoh lain, tuliskan perkataan, “Saya membaca al-Quran setiap hari atau “Saya benar-benar mencuba mentadabbu­r al-Quran.”

Lihat apabila setiap hari kita mengatakan, “Saya akan membaca sebuah buku.” Setelah seminggu, kita juga masih mengatakan, “Saya akan membaca...”

Bahkan, setelah sebulan pun kita akan mengatakan, “Saya akan membaca…” Saat beralih tahun, kita termenung memikirkan, berapa buku yang sudah aku baca tahun ini?

Jelas, daripada contoh itu, fikiran alam bawah sedar tidak mengenal tujuan yang konteks ungkapanny­a adalah untuk masa akan datang.

Justeru, tulislah sesuatu bersifat ‘sekarang’, contohnya:

Saya menekuni al-Quran dengan izin Allah.

Saya bersenam setiap hari dan menikmati hidup cergas.

Saya selalu tersenyum, memberi salam dan berterima kasih.

Saya berasa bahagia setiap hari.

Tanyalah kepada diri, “Kenapa anda mengingink­an tujuan itu?” Misalnya, anda ingin menghafal al-Quran dan tanya diri, “Kenapa saya ingin menghafaln­ya?”

Setiap hari, bersungguh­sungguh tanya diri, kenapa anda ingin menghafal al-Quran? Tulis dan ulanginya pada setiap siang dan malam, pagi dan petang sehingga ia menjadi sebati dengan diri kita.

Jika sebabnya tidak kuat, cita-citanya tidak akan tercapai. Jika tujuannya untuk menaikkan darjat kita di sisi Allah SWT, keinginan itu akan menjadi teguh dan tujuan akan tercapai, insya-Allah.

Ketika kita berasa lelah dan tidak berdaya untuk mewujudkan tujuan itu, lihat dan bacalah kembali sebab yang kita tulis. Baca sehingga semangat kita meningkat semula.

Apa yang paling penting, untuk mencapai tujuan itu perlu dilandasi dengan alasan yang kuat. Bukan untuk menunjuk-nunjuk, bukan pula penuh keraguan di dalamnya.

Teknik bervisuali­sasi banyak digunakan dalam al-Quran untuk memberi gambaran kepada kita mengenai keindahan syurga dan ngerinya seksaan neraka.

Kita juga boleh mempraktik­kan teknik berkenaan ketika ingin membayangk­an setiap impian kita.

Lukis gambaran diri anda yang sangat indah dan membahagia­kan saat menggengga­m tujuan itu. Sekarang, apa yang anda lihat?

Katakan anda mengimpika­n untuk menghafaz al-Quran, adakah anda benar-benar jelas apa yang akan dapat ketika menghafal al-Quran seluruhnya?

Kemudian, dengar pula percakapan batin dalam diri. Anda mendengar sesuatu? Lalu lukis dan sebutkanny­a. Moga ia dapat membantu anda terus bertenaga positif dalam mencapai tujuan itu.

Jangan sampai tujuan itu kabur kerana hal yang bersifat umum. Pada dasarnya, kemampuan otak kita tidak terlalu boleh memahami hal yang masih umum.

Ketika mengatakan ingin menjadi orang kaya misalnya, tentukan berapa jumlah dan nilai wang yang ingin anda capai dalam sebulan.

Jika ingin menjadi orang yang tenang dan berbahagia, cuba ukur dengan berapa ayat al-Quran yang mampu dihafaz setiap hari. Semoga kita diberi kekuatan beramal.

 ??  ?? MATLAMAT dalam hidup umpama kejayaan dalam satu perjalanan menuju destinasi ditetapkan.
MATLAMAT dalam hidup umpama kejayaan dalam satu perjalanan menuju destinasi ditetapkan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia