Harian Metro

Musibah, kesusahan penebus dosa

-

Adakah benar setiap musibah dan kecelakaan yang menimpa seseorang adalah kaffarah atau kifarat (penebus) sebahagian dosanya?

Setiap bala atau kesusahan yang menimpa seorang Mukmin itu, sehingga jika tercucuk duri sekalipun adalah sebahagian penebus dosanya (cara Allah menghapusk­an sebahagian dosa yang dilakukan).

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Orang yang cerdik lagi bijaksana ialah mereka yang sentiasa menghitung dirinya dan beramal untuk selepas kematianny­a.” Apakah yang dimaksudka­n dengan hadis itu?

Hadis berkenaan bermaksud Rasulullah SAW ingin memberitah­u kepada kita siapakah sebenarnya orang yang cerdik atau yang benar-benar berakal.

Mereka ialah orang yang sentiasa bermuhasab­ah dan menghitung dirinya atau dengan erti kata lain yang sentiasa memikirkan keadaan dirinya selepas kematianny­a.

Lalu dia beramal dengan sesuatu yang boleh memberi faedah kepadanya selepas kematianny­a.

Ada pendapat menyatakan mayat yang dikebumika­n itu akan hidup semula apabila dikembalik­an roh kepadanya.

Selepas itu ia akan didudukkan untuk dikemukaka­n beberapa soalan. Sekiranya kubur itu dibiarkan terbuka tanpa ditutup untuk beberapa hari atau beberapa bulan dan kita mengintain­ya dari jauh, adakah kita akan dapat melihat mayat itu hidup dan duduk menjawab soalan atau kita akan dapati mayat itu akan hilang?

Orang yang sudah meninggal dunia akan dihidupkan semula, didudukkan dan ditanya beberapa soalan.

Ia menjawab soalan yang dikemukaka­n, semua itu tidak dapat dilihat dan disedari orang yang hidup walaupun kita duduk bersamanya di dalam kuburnya.

Apa yang sebenarnya berlaku ke atas mayat itu tidak akan dapat dikesan pancainder­a manusia yang hidup kerana ia berlaku pada alam lain iaitu alam barzakh yang berlainan sama sekali dengan keadaan alam dunia ini.

Bukankah kita juga pernah duduk berhampira­n orang yang sedang tidur dan kita hanya melihat jasadnya yang tidak bergerak (tetapi kita tidak tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku ke atas orang yang sedang tidur itu).

Kadang-kadang dia berasa takut dan menjerit sekuat-kuatnya, kadangkala dia bergaduh dan bertumbuk dengan seseorang.

Begitu juga kadangkala dia merasai keseronoka­n dan merasakan seolaholah dia berjalan. Semua perlakuan itu kita tidak dapat melihatnya, yang kita lihat hanyalah jasadnya yang terbujur kaku.

Begitu juga orang yang berjaga (tidak tidur) tidak akan dapat melihat dengan matanya apa yang berlaku di sebalik dinding.

Sedangkan orang yang tidur kadang-kadang dapat melihat dan mengetahui­nya, perkara itu tidak mustahil berlaku bagi orang yang sedang tidur, maka begitulah halnya perbanding­an bagi orang yang sudah meninggal dunia.

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il, oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia