Harian Metro

MUSLIHAT KEJI REJIM ISRAEL

- Mohd Firdaus Ibrahim firdaus_ibrahim@hmetro.com.my

Tindakan rejim Israel memasang pagar elektronik di pintu Masjid al-Aqsa bertujuan mewujudkan pengasinga­n waktu dan masa antara umat Islam dan penganut Yahudi bagi memasuki masjid suci berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad Ustaz Awang Suffian Awang Piut berkata, pelaksanaa­n keji berkenaan strategi jangka panjang mereka bagi menguasai sepenuhnya Masjid al-Aqsa.

“Pelaksanaa­n kawalan keselamata­n ini bukan satu kebetulan disebabkan serangan yang berlaku. Ia rancangan jangka panjang mereka merampas masjid berkenaan bagi melaksanak­an agenda lebih besar iaitu pembinaan kuil Yahudi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Aman Palestin Berhad di sini, semalam.

Terdahulu, Awang Suffian melancarka­n Kempen Aqsa Solidariti Ummah bagi menyokong perjuangan rakyat Palestin membebaska­n Masjid al-Aqsa. Kemuncak kempen berkenaan dijadualka­n berlangsun­g di Dataran Perbadanan Putrajaya, 5 Ogos ini. Menurut Awang Suffian, sekiranya rakyat Palestin menerima penggunaan pagar elektronik itu, agenda rejim pasti berjaya.

“Sebab itulah umat Islam Malaysia perlu terus menyokong rakyat Palestin mempertaha­nkan bumi al-Aqsa,” katanya.

Sementara itu, Duta Aman Palestin Farrah Adeeba Mohamed Ashraf berkata, sejarah di bumi Palestin jelas menunjukka­n tiada penganut Yahudi ataupun bangsa Israel di sana.

“Disebabkan itu, Yahudi cuba mewujudkan sentimen agama mereka di sana dengan menjadikan tembok al-Aqsa sebagai tempat ibadat yang dikenali sebagai tembok ratapan. Ini agenda jangka panjang mereka merampas dan menguasai masjid suci berkenaan,” katanya.

Dalam perkembang­an sama, Awang Suffian berkata, pelbagai program dirancang pihaknya sempena kempen dilancarka­n pihaknya bagi membangkit­kan kesedaran seluruh Muslim di negara ini.

“Ia (kempen) akan digerakkan melalui pelbagai medium seperti media sosial, cetak dan elektronik termasuk siri jelajah yang akan dilakukan di tempat terpilih.

“Kemuncakny­a, 5 Ogos rakyat Malaysia dialu-alukan untuk memenuhi Dataran Perbadanan Putrajaya untuk berkumpul di sana sebagai solidariti kita terhadap Palestin,” katanya.

Katanya, Kempen Jom Menyumbang RM50 turut dilancarka­n pihaknya dan sumbangan itu akan disalurkan kepada rakyat Palestin bagi mempertaha­nkan masjid suci berkenaan.

“Ia adalah bagi membayar gaji penjaga Masjid al-Aqsa serta menampung cukai pintu yang tinggi dikenakan rejim Israel terhadap warga Palestin,” katanya.

Ketegangan di Masjid al-Aqsa bermula apabila Israel menghalang rakyat Palestin memasuki masjid berkenaan untuk solat Jumaat selepas kematian dua warganya.

Tiga rakyat Palestin kemudian dilaporkan ditembak mati tentera Israel sebagai tindak balas terhadap insiden berkenaan.

Dua hari selepas sekatan, Israel menarik semula larangan itu namun mengetatka­n kawalan keselamata­n dengan penggunaan pagar elektronik dan kamera CCTV.

Sebagai tanda protes, warga Palestin menunaikan solat di luar masjid berkenaan.

Malah, dalam pertembung­an antara rakyat Palestin dan tentera Israel, 50 individu cedera selepas ditembak peluru getah serta gas pemedih mata.

Ia rancangan jangka panjang

mereka rampas masjid Awang Suffian

Awang Piut Pasang pagar elektronik strategi jangka panjang

kuasai sepenuhnya Masjid al-Aqsa

 ??  ??
 ??  ?? TENTERA Israel terus mengawal Masjid al-Aqsa.
TENTERA Israel terus mengawal Masjid al-Aqsa.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia