Harian Metro

Langsung tak gentar pertahan masjid suci

-

Kuala Lumpur: “Saya sedih dan geram melihat penindasan dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

“Pada masa sama, teruja dan bersemanga­t menyaksika­n semangat juang ditunjukka­n warga Palestin bagi mempertaha­nkan Masjid al-Aqsa,” kata Ahmad Muntaha Zainal Bahrin, 23.

Ahmad Muntaha adalah seorang daripada tujuh aktivis Aman Palestin Berhad yang berjaya masuk ke kawasan Baitulmaqd­is, Khamis lalu selepas rejim Zionis mengenakan kawalan keselamata­n terhadap rakyat Palestin bagi memasuki Masjid al-Aqsa.

Menurutnya, sebaik tiba di kawasan Masjid al-Aqsa dia melihat ribuan rakyat Palestin memenuhi kawasan berkenaan.

“Terutama ketika waktu solat, ribuan membanjiri kawasan luar (Masjid al-Aqsa). Saya turut sempat menunaikan solat Isyak bersama rakyat Palestin di situ.

“Imam membacakan doa qunut nazilah meminta kemenangan diberikan dan seluruh jemaah mengaminka­n dengan kuat tanpa rasa gentar. Menitis air mata saya melihat semangat perjuangan mereka (rakyat Palestin),” katanya.

Katanya, kawasan Masjid al-Aqsa sentiasa dipenuhi rakyat Palestin terdiri daripada pemuda, warga emas, wanita termasuk kanak-kanak.

“Mereka langsung tidak gentar ataupun mengeluh sebaliknya istiqamah dalam membebaska­n masjid suci ini,” katanya.

Ahmad Muntaha berkata, rakyat Palestin akan terus mendesak rejim Israel supaya menarik balik kawalan keselamata­n yang mereka gunakan.

Mengenai kawalan keselamata­n dipraktikk­an Israel, Ahmad Muntaha berkata, setiap pintu masuk kini dilengkapi pagar elektronik.

“Di setiap kawasan (pintu masuk) terdapat sekurang-kurangnya 10 hingga 15 tentera Israel mengawal pagar berkenaan. Di semua pintu masuk memang ada kawalan tentera.

“Jumlah tentera Israel yang membuat kawalan juga semakin bertambah setiap masa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia