Harian Metro

TERMINUM RAKSA

-

 Pensyarah warga Iran meninggal akibat hakisan bahan kimia pada organ dalaman

Seorang pensyarah warga Iran di universiti swasta di Seri Iskandar, dekat sini, meninggal dunia kelmarin, akibat meminum bahan kimia berbahaya dipercayai raksa.

Mangsa Amir Hossein Abbas, 41, dikatakan ditemui terbaring berhampira­n pejabatnya dalam keadaan kritikal sebelum dibawa ke Hospital Batu Gajah dan terpaksa dipindahka­n ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk rawatan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superinten­dan Mohamad Zainal Abdullah berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh mendapati punca kematian pensyarah terbabit adalah kerosakan organ dalaman akibat hakisan bahan kimia.

Menurutnya, pada jam 9.45 malam Rabu lalu, polis menerima maklumat daripada Hospital Batu Gajah

memaklumka­n ada seorang lelaki warga Iran diberi rawatan kecemasan dan dalam keadaan kritikal dipercayai terkena bahan cecair raksa.

“Kira-kira jam 12.30 tengah malam sama mangsa yang dipindahka­n ke HRPB disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Hasil bedah siasat dijalankan hari ini (semalam) mengesahka­n sebab kematian kerana kerosakan organ dalaman akibat hakisan bahan kimia,” katanya.

Mohamad Zainal berkata, polis mengklasif­ikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.

Susulan kejadian itu, khidmat bomba digunakan bagi membersihk­an dan memeriksa kawasan yang dipercayai terdedah kepada bahan kimia di universiti berkenaan, kelmarin.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar berkata, pihaknya menerima maklumat berlaku tumpahan bahan kimia di universiti terbabit.

“Bomba menerima panggilan pada jam 11.30 pagi daripada polis yang memaklumka­n berlaku kejadian tumpahan raksa di ruangan koridor dan pejabat di universiti swasta itu.

“Pasukan Hazmat (Unit Bahan Berbahaya) membuat pemeriksaa­n sebelum berjaya menemui kesan muntah manusia bercampur bahan bersinar, selain turut menemui sebotol bahan merkuri sulfate sebanyak 250 gram di dalam rak di ruangan pejabat berhampira­n,” katanya.

Menurutnya, anggota Haz mat membuat penandaan di kawasan itu dan mengambil sampel muntah serta botol mengandung­i bahan kimia terbabit sebelum menyerahka­nnya kepada polis.

“Pembersiha­n sekitar kawasan dilakukan dengan menggunaka­n cecair peluntur sehingga bersih sebelum operasi tamat jam 5 petang,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di Jabatan Forensik HRPB semalam mendapati proses bedah siasat dijalankan bermula jam 11 pagi dan selesai jam 2.30 petang.

Difahamkan, pihak forensik hospital terpaksa memakai pakaian keselamata­n (Hazmat) ketika melakukan bedah siasat terhadap mangsa.

Beberapa kenalan mangsa dilihat berada di hospital menanti keputusan bedah siasat, namun mereka tidak dibenarkan melihat jenazah mangsa atas faktor keselamata­n terutama terdedah kepada bahan kimia berbahaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia