Harian Metro

Najib hadiri solat jenazah anak Tun Dr Ismail

-

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam menunaikan solat Jumaat dan solat jenazah Allahyarha­m Zailah Ismail, anak perempuan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini.

Beliau tiba kira-kira jam 1.20 tengah hari dan disambut oleh anggota keluarga serta jemaah sebelum menunaikan solat sunat dua rakaat, mendengar khutbah dan seterusnya menunaikan solat Jumaat yang dipimpin oleh Imam masjid Mohd Fadlullah Mohd Nor. Najib kemudian menunaikan solat jenazah dan bersama-sama membacakan doa agar roh Allahyarha­m ditempatka­n dalam kalangan orang beriman.

Perdana Menteri yang ditemani isteri Datin Seri Rosmah Mansor beredar meninggalk­an masjid itu kira-kira jam 2.20 petang.

Sementara itu, Mohd Tawfik Tun Dr Ismail, 66, memberitah­u, adiknya itu meninggal dunia kerana kanser di Pusat Perubatan Pakar Damansara pada 4.30 pagi semalam.

Jenazahnya dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Allahyarha­m Zailah yang berusia 64 tahun meninggalk­an empat orang anak iaitu Tariq Ismail Mustafa, 38, Yassif Nagim, 36, Kamariah Shakirin, 34, dan Ismail Iskandar Wildan, 27. – BERNAMA “Yakinlah, jika paip yang besar berada di Putrajaya melihat rumah di

Kelantan di bawah payung sama, insya-Allah tiada masalah untuk paip besar ini menghantar air dengan kuantiti lebih banyak,” kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kiasan ringkas

Timbalan Perdana Menteri itu ditujukan kepada rakyat Kelantan supaya menilai kesungguha­n Kerajaan Persekutua­n membantu negeri itu berkembang dan dimajukan setaraf negeri lain di seluruh negara.

Beliau berkata, walaupun Kelantan sudah dipimpin pembangkan­g selama 27 tahun, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak lepas tangan, sebaliknya masih sudi membantu menerusi kerjasama yang membabitka­n beberapa perkara.

 ??  ??
 ??  ?? NAJIB bersama jemaah yang lain ketika solat jenazah Allahyarha­m Zailah di Masjid At-Taqwa, semalam.
NAJIB bersama jemaah yang lain ketika solat jenazah Allahyarha­m Zailah di Masjid At-Taqwa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia