Harian Metro

MANIPULASI HARGA

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

 SPRM tahan dua individu disyaki terbabit dalam pembelian hotel oleh FIC

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu disyaki terbabit dalam penilaian harta dan harga bagi pembelian sebuah hotel di London oleh Felda Investment Cooperatio­n (FIC).

Sumber berkata, kedua-duanya ditahan di pejabat SPRM Putrajaya jam 1 tengah hari semalam ketika hadir untuk memberi keterangan berkaitan siasatan pembelian hotel empat bintang itu di Kensington, United Kingdom, antara tahun 2013 dan 2015.

Katanya, mereka yang ditahan adalah pengarah sebuah syarikat perundinga­n pengurusan aset berusia 45 tahun manakala seorang lagi adalah Ketua Unit Harta sebuah syarikat perkhidmat­an pos berusia 36 tahun.

“Susulan daripada siasatan dilakukan pasukan penyiasat SPRM, kedua-dua suspek disyaki memanipula­si harga hotel sehingga FIC membayar lebih puluhan juta ringgit. Setakat hari ini (semalam), pasukan penyiasat sudah merakam percakapan seramai 11 saksi berhubung siasatan itu.

“Susulan tangkapan ini, SPRM tidak menolak kemungkina­n lebih ramai lagi akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan itu dan percaya kedua-dua suspek dapat memberikan maklumat berhubung pembelian hotel itu.

Beliau berkata kedua-duanya dijangka dihadapkan ke Mahkamah Putrajaya hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan SPRM sebelum tindakan lanjut diambil oleh pasukan penyiasat.

 ??  ?? AZAM
AZAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia