Harian Metro

TAWAR TANAH HALIMUNAN

- Mohamad Azim Fitri Abd Aziz azimfitri@hmetro.com.my

 Ahli perniagaan bergelar Datuk ditudh perdaya tiga individu babit kerugian RM114,067

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam atas enam pertuduhan memperdaya­kan tiga individu dengan menawarkan lot tanah tidak wujud membabitka­n kerugian RM114,067 pada 2010.

Bagaimanap­un, ketika kertas pertuduhan dibacakan, tertuduh, Datuk Nazrul Izad Mohd Arsad mengaku tidak bersalah dan minta dibicaraka­n selepas pendakwaan dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz.

Mengikut pertuduhan, Nazrul Izad berdepan dakwaan menipu Ahmad Zaimani Zulkifli, 41, dengan menawarkan lot tanah tidak wujud hingga mendorongn­ya membayar cek tunai berjumlah RM30,245.40 di alamat B-8 Jalan Bukit Sekilau, Kuantan pada 19 Oktober dan 1 Disember.

Tertuduh juga berdepan tiga pertuduhan menipu Siti Sepiah Sh Ab Rani, 56, dengan menawarkan lot tanah tidak wujud sehingga mendorongn­ya membayar cek tunai berjumlah 51,721.80 di lokasi sama pada 12 Oktober, 30 November dan 16 Disember.

Nazrul Izad turut didakwa menipu Zaiton Jusoh, 49, menyebabka­nnya membayar cek tunai berjumlah RM32,100 di lokasi sama pada 10 November.

Semua pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara minimum satu tahun dan maksimum 10 tahun serta sebat dan boleh dikenakan denda.

Pendakwaan dibuat oleh pegawai pendakwaan polis Inspektor P Prabu manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Nordiana menetapkan ikat jamin RM30,000 iaitu RM5,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan 23 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

 ?? FOTO: ?? NAZRUL dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan, semalam.
FOTO: NAZRUL dibawa ke Mahkamah Majistret Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia