Harian Metro

HANTAR UBAT

- Mohd Hasbi Sidek Mohd.hasbi@hmetro.com.my

16 tan bekalan diagih kepada mangsa pergolakan di Marawi

Sebanyak 16 tan ubat-ubatan dihantar ke daerah bergolak di wilayah Marawi, Selatan Filipina oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dengan kerjasama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pagi semalam.

Pesawat

A400M yang menghantar bekalan dalam misi kemanusiaa­n itu berlepas dari Pangkalan Udara TUDM Subang, di sini, jam 6 pagi semalam dan dijangka tiba jam 11 pagi di daerah Cagayan, Filipina.

Ketua Pengarah Cawangan Operasi Pertahanan Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Briged Jeneral Datuk Mahendra Sivapatha Sundram berkata, 19 anggota dan pegawai dari NADMA serta TUDM termasuk dua juruterban­g terbabit dalam misi kemanusiaa­n itu.

“Mereka membabitka­n anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Pasukan Air

Mobile Movement (MAMS) bersama dua juruterban­g.

“Bekalan ubat-ubatan ini dihantar ke daerah Cagayan dan sebaik tiba ia akan dibawa turun sebelum diagihkan kepada mangsa di daerah Marawi oleh badan bukan kerajaan (NGO) di sana (Cagayan),” katanya ketika ditemui di Pangkalan TUDM Subang, pagi semalam.

Marawi kini dalam keadaan bergolak apabila tentera kerajaan bertempur dengan militan yang mempunyai hubungan dengan Daish.

Tentera Filipina berusaha menumpaska­n militan di pusat bandar Marawi sejak 59 hari lalu sementara operasi menentang kumpulan Abu Sayyaf yang giat melakukan penculikan dan kegiatan lanun masih diteruskan.

Mahendra berkata, pesawat akan berlepas pulang ke Malaysia sejurus bekalan bantuan selesai diserahkan kepada agensi yang bertanggun­gjawab mengatur misi bantuan itu.

Sementara itu, Komander Operasi dan Juruterban­g Leftenan Kolonel TUDM Baharin Mohamad berkata, ini pertama kali pesawat A400M digunakan untuk menghantar bantuan bagi misi kemanusiaa­n.

“Pesawat ini boleh memuatkan kapasiti yang lebih banyak berbanding pesawat Charlie. Penerbanga­n dijangka mengambil masa 4 jam tanpa memerlukan pesawat untuk berhenti mengisi bahan api,” katanya.

 ?? FOTO: MUHAMMAD SULAIMAN ?? ANGGOTA SMART menyusun barangan perubatan untuk diterbangk­an ke Selatan Filipina melalui misi kemanusiaa­n NADMA dengan kerjasama TUDM.
FOTO: MUHAMMAD SULAIMAN ANGGOTA SMART menyusun barangan perubatan untuk diterbangk­an ke Selatan Filipina melalui misi kemanusiaa­n NADMA dengan kerjasama TUDM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia