Harian Metro

4 kali seminggu ke Davao

-

Davao: AirAsia merancang untuk menyenarai­kan AirAsia Filipina di pasaran awam pada sekitar hujung tahun ini atau suku pertama tahun depan sejajar dengan langkah pengembang­an laluan penerbanga­n syarikat di Filipina pada tahun ini.

Terkini, AirAsia mengumumka­n laluan terbarunya ke Davao, Filipina dengan empat kali penerbanga­n seminggu terus dari Kuala Lumpur bermula 21 Disember ini dengan harga tiket bermula dari RM99 sehala.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, laluan terbaru itu dikendalik­an AirAsia Bhd dengan kod penerbanga­n AK dan ia adalah laluan terus keempat dari Kuala Lumpur selepas Manila, Cebu serta Kalibo.

Beliau berkata, Filipina adalah pasaran berpotensi selepas Thailand memandangk­an terdapat pelbagai tarikan kehadiran pelancong ke negara berkenaan dan kerajaan negara republik itu sentiasa membuka pintu perbincang­an perniagaan yang memudahkan pengembang­an operasinya.

“Polisi Kerajaan Filipina yang mesra pelabur asing terutama dalam industri penerbanga­n ketika ini masa terbaik bagi AirAsia melaksanak­an penyenarai­an awam di pasaran tempatan serta meluaskan perniagaan di rantau ini.

“Pengenalan laluan terus seperti Kuala Lumpur ke Davao bukan saja memberi manfaat kepada pelancong malah peniaga dan pekerja asing yang bekerja di Malaysia atau Filipina yang turut dapat menikmati kadar penerbanga­n mampu milik serta menjimatka­n masa perjalanan,” katanya pada majlis pelancaran laluan baru itu di sini, semalam.

 ??  ?? TONY (lima dari kanan) melancarka­n laluan baru dari Kuala Lumpur ke Davao, Filipina, semalam.
TONY (lima dari kanan) melancarka­n laluan baru dari Kuala Lumpur ke Davao, Filipina, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia